Pages

Showing posts with label bowling. Show all posts
Showing posts with label bowling. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

bowling oooo bowling....


esok plan nak gi membowling. serius dah lama tak membowling. the latest was last friday nite. 

yerlah, sekarang kan tuntutan keje tu bak kata orang, i ni macam kena stretch (bukan macam, memang kena stretch! stretch jadi tinggi tak apa juga, ni stretch makin kembang apehal), balik kerja tu memang dah rutin terus balik rumah, takda la nak melencong mana. ambik budak-budak kat taska, makan, pot-pet-pot-pet apa yang patut, kebubussh tidurrrr ZZZzzzzz. 

bila ara ajak main bowling malam jumaat tu, awal-awal kata tak dapek nak join, sorry. tetapi....kita manusia ni memang hanya mampu merancang. 

keluar office last friday, masuk perut kereta, terkejut bila SBF kata "jom, kita main bowling". i was like "what?". dah la jumaat tu pakai baju kurung kemain sopan (ecececeeeeehhh). tapi tu takda masalah, i pakai baju kurung boleh aje main bowling. ni budak-budak, ape cer?
"ida dah ambil budak-budak"
ooowww...diam-diam SBF dah arrange adik dia tolong fetch budak-budak. takda outstation memana la tu, boleh tolong ambilkan depa. :D

soooo.... tuh la alkisah malam jumaat sempat main bowling 3 games. hihi

ni bukan main nak membowling kenapa?
ada friendly-a.ka.-santai-santai tournament kat neighborhood. tu la pasal. konon warm-up sikit sebab dah lama tak main. hehe. tapi, ada juga yang masuk longkang :P



Related Posts with Thumbnails