Pages

Tuesday, December 11, 2012

Durian Crepe / Lempeng Durian


Ini memang makanan yang tengah hot dipasaran. The IN thing la katanya.

Belek blog sana, belek blog sini, tengok status kawan-kawan kat fb ... banyak juga yang update pasal durian crepe ni. Bila dah asyik nampak, lepas tu memang sukaaa makan durian, alamat la kan.

Google la resepi, bila dah jumpa, tak ada keinginan la nak buat sendiri. haha. Nak order sahaja. Order la kononnya nak merasa. Bukan 1, tapi 3 sekaligus! Tu dia!...

Masa ambil order (self pick-up), akak yang jual tanya "lepas ni ada nak pergi mana-mana ke". Tak sempat nak jawab dia bagitahu, jangan simpan lama-lama durian crepe ni dalam kereta. Bila tak sejuk, tak sedap. Dan memang berkemungkinan besar isi durian tu masam. I cakap la "akak jangan risau, ni memang nak makan terus!" hehehehe. Sungguh tak sabar dan teruja nak makan!

Alhamdulillah memang sedap. SBF dan Im tak makan banyak. 3 ketul tu lebih kurang saiz iphone. Im cuma makan 1 setengah, SBF pun. Tapi kena paksa habiskan jadi 2. hahaha. Bini SBF makan habiskan semua! terer gila! muahahahahaha. Nop tak makan sebab dia terlelap dalam kereta. :P

mengiurkan la!

keratan rentas...isi durian dengan krim kastad. 

By the way, 3 ketul tu (satu bekas) berharga RM10.
Amacam, terliur tak? Buat la...tak pun order jee.....nyummm!





No comments:

Related Posts with Thumbnails