Pages

Showing posts with label im. Show all posts
Showing posts with label im. Show all posts

Monday, December 3, 2012

KidZania's experience for kiddos...


Kami sepakat nak bawa Im dan Nop ke Kidzania semasa cuti sekolah. During weekdays. Weekend mesti lagi ramai mak pak plan nak bawa anak-anak kan?

Beli tiket di ground floor, dewasa RM35, kanak-kanak RM55. Macam nak check-in naik AirAsia. Selepas beli tiket, terus naik ke tingkat 4. Dari situ guna escalator naik ke tingkat 5. That's the happening floor!

Lepas checked-in, budak-budak dapat mock duit with face value 50 kidzos. Masuk-masuk, it's not so crowded, good for us! :) Then we went to CIMB, for kids to change the money :). Beratur, pergi kaunter, semua kena buat sendiri. Good for them to experience kan :)

Dalam tak ramai tu pun, boleh tahan juga menunggu dalam barisan nak cuba setiap 'bidang kerja'. Setiap bidang kerjaya memang ada mock-up place. 

Mula-mula, budak berdua cuba jadi polis. We just left them in the balai polis. Tunggu kat luar. It's for the kids to 'feel' how / what the work is. They were asked to find something. They seemed happy at the end of the job. Im lagi seronok sebab dapat duit! Kidzos! Each field, lepas try budak-budak akan dapat 'gaji'. Tu yang kat fb i updated status 'im nak kerja lagi..nak kumpul duit'. hehe.

Nop kata dia tak suka bab-bab kena bagi tabik.. tengok la muka dia. Ni photographer yang ambil...

Lepas jadi polis, jadi doktor pulak. Ni KPJ yang sponsor. So you'll see mock-up KPJ punya hospital, you will not see others' logo except KPJ. hihi. Ada 3 choices; surgeon, nursery and endoscopy. Since they are not sure / don't know what to choose, mommy chose for them. I chose endoscopy for them. Complete attire nak masuk bilik bedah. :) 
'Peace mama' :) obviously mama snap gambar kan.. hihi dari kejauhan ...

ada tokoh tak? this one pun taken by their photographer 
Selepas jadi doktor, sebelah tu ada kedai buat ice-cream. I was excited. All the tools are there. I can see chocolate la... Just imagine! haha. Tapi sebab kena tunggu for 25 minutes, as there was another batch of kids kat dalam, we decided to look for another work. next visit maybe? haha.

OK, so we found AirAsia. Off to be a pilot pula. Nop sibuk cakap popilot popilot. Penat dok betulkan "bukan popilot Nop, pilot aje". Bila sampai rumah, baru la Im terangkan (bila dia dah teringat), rupa-rupanya ada cerita kartun watak popilot. ish ishh....

Below 1st picture, is the limit for us to snap some pictures. The following 2 pictures were taken by their (KZ) photographer. Adult is not allowed to enter the 'cockpit' :P

If not mistaken, dapat 8 kidzos lepas jadi pilot. hehe. Jadi polis tak sure pula...

ready to fly?

handsome!

abang handsome :)

Nampak pula poslaju! this is another sponsor dalam KidZania. Im and Nop enjoyed this so much! They said this was fun. Sebab ada instruction kena cari barang kat 'merchant / sponsor' lain, then kena bawa balik ke poslaju. They had to find the place to get the barang! and mereka tak sesat! huhu bangga mama tau.

serius mendengar taklimat.
We were told this, fire-fighter among the popular kerjaya at KidZania! :) mungkin sebab ada lori bomba (betul ke nama dia lori bomba? :P), siap ada siren lagi, then ada mock-up hotel yang terbakar, budak-budak kena padamkan api menggunakan air dari pili air yang betul. teruja budak-budak ni....

Tapi yang ni, menunggu memang lama! Im sahaja yang cuba, Nop taknak. sebab dia nak menjadi artis. huhu!
errr ntah berapa Im dapat 'gaji' being a fire-fighter.

seriusnya abang Im!

haha. seriously, look at his pose! macam artis betul la! this got no gaji, instead he had to pay 5 kidzos to play being an artist. :)

wow! look at the setup :)
This took us around 4 hours to complete! plus the waiting time... 1 visit is not enough. huhu. Budak berdua dah minta nak pergi lagi...aduhaiii.....

OK, what happened to the kidzos? there's 1 shop meant for kids only. terpampang kat pintu adult not allowed. betul! tak tipu. so kids masuk dalam, with all the accumulated money (kidzos) they have, pilih mana barang yang depa boleh exchange with. since their combined money tak dapat nak tukar dengan apa-apa, kami bawa balik la duit tu. if..IF.. datang lagi next time, mungkin ada barang they can bring home.

that's a lot of money you know!

lupa nak mentioned, if not mistaken, they are having a promo this school holiday. so called boarding pass from this period, simpan, boleh guna untuk next visit in Feb / March, and get 20% off.

:)

Saturday, November 24, 2012

durian? eh rambutan?



Masa Im kecil-kecil dulu, dalam lingkungan umur 1-2 tahun, dia sangat takut dengan rambutan! Sampai ke hari ini, kalau di ingatkan, memang akan gelak. Paling tidak, akan tersengih. 

Pernah sekali, semasa Im tengok tv, atok abah letak kulit rambutan dekat belakang badan dia. Bukan main terkejut budak tu. Gelabah. Lepas tu menangis. hehe. Im.. Im.

Okay, itu cerita dulu. Sekarang tidak lagi. Dan perangai takut kulit rambutan tidak turun kepada adik dia. :D

Sekarang, budak berdua kerap tersasul. 
"Ma, nak makan durian". Yang ada kat tangan cuma buah rambutan. hehe. Agaknya lah, sebab rambutan berbulu, durian 'berbulu' juga tapi keras dan tajam, itu yang disebutnya rambutan durian. Agaknya lah....

Rambutan ni, jiran yang beri. Seplastik besar. Bawa balik dari kampung. Terima kasih Ta. 
Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. 



Saturday, December 24, 2011

cerita nak bukak sekolah


entry dulu, i consider 10% je persiapan sekolah budak-budak yang completed.

alhamdulillah, minggu ni, semua dah settle. ok, 99%. hehe. 1% tu celah mana tak siap? 

awal this week, SBF and me dah redah pergi sek keb, surat tak dapat, sms tak dapat. redah je la. pergi pejabat, kerani kata by stages akan send sms. what's wrong? sampai harini takda pun sms. anyway, buku tulis, buku latihan dah beli. ada few stok dah habis, kena tunggu sek bukak baru dapat ambik. buku-buku pilihan semua tu tak beli. seragam sekolah dah kira complete. cuma nak tampal lencana dan jahit sikit kaki seluar sekolah. 

masa beratur nak beli buku tu, i jumpa 2 orang kenalan yang dah lama tak jumpa! seorang tu senior masa sek menengah! last jumpa masa form 3 or form 4 la. she's a teacher now, tapi kat sekolah lain. macammana la i tak perasan dia (masa kat asrama dulu, dia memang ayu dan sopan! skrg pun masih sama), sib baik dia tegur i. i supposed, muka i masa umur sek men sampai sekarang takda beza! i memang cam dan ingat nama dia. :P orang cantik mesti ingat. hehehehe. so, tanya la tips-tips apa yang tak perlu di beli :) yang seorang lagi, close to 6 or 7 years kot tak jumpa. pot pet pot pet, catch-up sikit-sikit. rumah dia pun nearby aje. 20 min drive kot. 

hihi. sempat selingan yek. panjang pulak tu. :P

ok, back to persiapan im. SBF pun dah settle yuran permulaan TAFA (Tahfiz, Al-Quran, Fardhu 'Ain, Bahasa Arab). the remaining will be in Jan, this is the 1% tak siap tu. :P TAFA ada dua sesi, pagi 8:30-11am, petang 2:00-5:00pm. so boleh pilih sesi yang tak clash dengan sek kebangsaan.

nop punya pun dah settle (pihak i), pihak tadika owes nop bag, kasut and seragam sekolah. masa im tried seragam sekolah, nop excited jugak nak mencuba. hehe.

i pun dah settle applied cuti, mak pun nak pergi sekolah jugak! 

kalau uols ada pengalaman masa 1st day hantar anak pergi sekolah, share la ye. :)

tinggal berapa hari je lagi yek kita dah nak masuk tahun baru.....hmm....

o


Friday, December 16, 2011

cerita im dan sekolah, kisah nop selit sikit....


hiya peeps....

no mood to update as often (macam la i selalu update entry, hik hik) as i could. 

a week ago, we (SBF, me, im and nop) went to SRK. to see his result. his final year exam result. alhamdulillah. he made good improvement. 4 papers and 2 wrong answers. and, me and his class teacher at the same time, said 'it's standard two syllabus!" hihi. it's amazing what kids can absorb. i mean normal kids la kan. yang genius tak masuk kategori la. 

we personally so happy with his progress. both academic and interaction / social skill. we enrolled him into the school with 1 reason in mind; for him to be among same age friends for him to improve his ability to speak. he used to stutter or repeat the same word many times before he could finish the whole sentence. we didn't see speech therapist, but highlighted our concern with our Paed. we took her advice. alhamdulillah, before we knew it, the problem is gone. alhamdulillah.

i remember the 1st year performance, when he was 4 years old, he participated by just sitting on the floor and making hands movement. that's it. but we were happy nevertheless. because he was a shy boy. well, he's still a bit shy now. by the 2nd year, he improved! he's among those kids who had more moves i can remember. hehe. same goes for the 3rd year. (macam masuk U pulak, 1st year, 2nd year. :))

i always remember what SBF told me when i was worried whenever it's exam week. "don't stress the kid, let him enjoy the school. let him have the happy feeling going to school. if he's happy, things will be in place, i'Allah". it's true isn't? same like us adult, if we like what we are doing, everything falls just in the right place, well, bukan semua la. hehe. macam i suka baking, tapi ada jugak masa-masa buat tak jadi. :P. same with work, if you are doing what you love, tak ada la berkira sangat. but ok, let's be honest, there's always ups and downs. 

next year, my boy will enter sekolah kebangsaan, the 'real' school. i doakan dia yang terbaik; enjoy going to school, enjoy learning, have good friends (with good influence of course), no troubles finding him and cause no trouble. too much expectation? macam fairy tale? hehe. we can only wish for the good thing, but at the same time, be prepared with those reality hits. yerlah, sekolah rendah sekarang bukan macam time i dulu. nothing much to be worried by parents. sekarang, haih macam-macam. tengok status kawan-kawan kat wall FB, that's the reality. 

malam tadi sempat 'tangkap' 2 pasang uniform sekolah. :D (kejap nyaaaa anak dah besar. rasa macam baru semalam tapak kaki dia sebesar 2 jari i...times flies.). that's about it. yang lain next week kot. haha. sekolah agama pun tak sempat nak bayar yuran lagi. tu i serahkan kat SBF. 

nop pun nak masuk kindy next year. yuran pun tak bayar lagi, due date 25/12. that's i have to take care. harap-harap SBF boleh top-up sikit. banyak pun baguss.. hehehe. 

bila im try baju sekolah malam tadi, nop pun try juga. bila cakap baju sekolah ambil next week, ada ke dia kata nak sekarang. i told the teachers, nop and im have their own personalities, nop is kinda... more playful. kuat merajuk pulak tu. haihh.. bagi depa heads-up dulu siap-siap.  

i don't want to miss hugging them, main geletek-geletek, kiss them on the cheeks, while we still have time. every morning sending them to nursery and kindy, memang cium. we asked imran, will you still kiss mama and papa bila dah sekolah rendah. he nods. yerlah, we'll see. :)

cepatnyaaa budak-budak ni membesar..... kan?


Wednesday, November 23, 2011

exam week

ok, a quicky for today.

im dah lepas peksa paper BM and English. harini math. cemana la dia jawab soalan peksa pagi tadi?

i seriously, sangat sentap dengan dedikasi im bila kami buat revision (sikit-sikit) malam tadi. rasa macam i kejam pun ada jugak. terlambat 1/2 jam masa tidur dia.

silibus macam budak darjah 2 pun yek. (ye ke? hehe memandai aje i, tapi mungkin betul).
darab, fraction, hexagon, octagon, siap ada soalan pemahaman lagi. mati mak. yang tak tahan, bila main-main buat soalan, im macam tarik nafas dalam nak jawab. bila tanya susah ke? masih boleh senyum pandang muka mama dia dan jawab "taklah, im boleh buat". syahdu!

tapi tak tau la jugak, im boleh buat tu sebab papa dia dah gula-gulakan dengan hadiah. bukan 1, tapi dua! 2! vcd real steel dengan toy real steel. one of his favorite movie. siap announce, im taknak tengok tv (im ni mmg suka layan katun and main game sebelum tidur) malam-malam. im nak 'score' (dia cakap lain tapi i ringkaskan jadi score aje. hehe), nak dapat 2 hadiah daripada papa.

tiba-tiba terbayang orang pegang stick, at the end tu ada tali ikat dengan carrot. hehe

apepun, u have shown dedication to review. mama doakan im dapat buat yang terbaik. hadiah tetap ada. :) i'Allah.

mlm ni kita review sikit je lagi untuk sains ye.

Monday, November 21, 2011

stress

a bit stress today. addition to an existing stress level.

Im is having his final year examination starting today.

today is Bahasa Malaysia paper.
tomorrow will be English paper.
next after tomorrow will be Math paper.
last paper will be Science.

if you happen to read this entry, if you don't mind, :), please pray that he will pass with flying colors :D

thank you.

Tuesday, August 2, 2011

im dan puasa


i am excited to share that im has completed his 1st day fasting, flying colors! hehe. *biasala, mak mesti happy bila anak achieve something good*

since i worked from home yesterday, i masak makanan untuk berbuka. alhamdulillah SBF dapat balik awal and fetched the kids earlier than our normal standard time :) yay. hehe

sampai-sampai aje kat rumah, im kata dia haus sangat. tak tahan. sambil jelir-jelir lidah. haha. itulah, puasa tak puasa petang main kemain lagi tak hengat dunia. dah stop main baru ingat awak tu puasa. 

so, dapat lah dia imbuhan rm2 (instead of rm1 yang i janjikan kalau dapat puasa penuh per day). huhu! he's so excited. harini berazam untuk puasa penuh dan petang kurangkan main. good plan i must say im! dan dia dah plan nak guna half of the earning nak beli ntah apa. half lagi nak simpan. dan dia ada tempat rahsia yang tak rahsia lagi sebab dah share kat mama and papa. haha. yerlah, i cakap kat dia, kena share dengan mama at least, nanti lupa macammana? so, it's our secret. nop taktau. 

p/s: i must say, penat lelah membebel suruh simpan duit jangan habiskan semua, dah melekat dalam his mind :D

Monday, June 27, 2011

field trip




seronok budak-budak ni nak pi field trip! 

itu adalah pengalaman pertama nop joined field trip. at 1st, he thought SBF and me akan ikut sekali. wah, i dah risau masa ni. i explained to him yang mama & papa tak ikut, nop pergi dengan kawan-kawan, dengan abang im, dengan teachers. nasib baik dia ok lepas explained tu. lega! 

depa pergi kuala selangor, pergi ke rabbit farm and tengok burung walit. 

pukul 7:40am kami hantar budak berdua ni, dah ramai kawan-kawan depa yang sampai lagi awal. hehe. excited!

bila ambil budak-budak petang tu, tanya teacher how was nop doing. ada insiden rupa-rupanya! dalam bas nop tertidur. mengigau! menangis dan ada jerit-jerit sikit. haha. bangun pagi kadang-kadang memang macam tu la pe'elnya. 

bila tanya im dan nop, depa kata best. dapat main-main dengan rabbit, ada pertandingan mewarna. teacher kata nop ada sedikit tension sebab dia mewarna lambat siap. hahaha. cute anak mama.

it was a fun experience to them. it was a nervous experience to me. 



Thursday, June 23, 2011

he's being so helpful....


another 1 day before we can jimba-jimba sikit ye :D hehe

+++++++++++++++++++
malam kelmarin, i slept late. around 3+ in the wee hour. sambung buat kerja kat rumah, which it's rarely done. that means, i had to do it. had to. kalau tak, jangan harap. the best thing still, bangun pagi macam biasa. lagi awal sebab SBF ada meeting so he needed to reach office even earlier. 

anyway, how the day passed by semalam for me, alhamdulillah still ok. 

last nite. ni la cerita sebenarnya. tapi paragraph atas kena bagitau, kalau tak macam tergantung pula cerita i ni karang. hihi

lepas makan malam and melalui the same routine, i memang dah tak larat. nak mandi pun dah tak larat. i ended-up tidur awal (awal pun passed 10+). dengan tak mandi! haih! budak-budak pun tak masuk tidur lagi masa ni. dengan harapan SBF akan tolong take over. hehe

mamai-mamai dengar nop masuk bilik, cakap dia nak yak-yak. mamai-mamai nampak macam SBF pun baring sama. lepas tu i tak sedar apa dah. to think again, i rasa terlelap macam tak sampai 5 minit....... then macam tersedar dengar pintu di tutup... 

this morning, SBF cakap, dia memang terlelap sama. we found out, it's im yang tolong pakaikan adik dia pampers. im yang ajak adik dia tidur, ni yang i dengar bunyi pintu ditutup....

i am touched u know. anak bujang i boleh diharap. *jap, tahan sebak kat dada*. 

kenapa i am touched, sebab the norm for the nite, budak-budak tu akan ajak one of us teman baring-baring dulu kat bilik depa, nop mostly akan ada aksi nangis-nangis manja dulu, tak pun masuk bilik tapi main loncat-loncat dengan lampu terang benderang switch on. 

terima kasih im for helping us. thanks nop for not putting up any acts. i love you both so dearly.....



Tuesday, June 21, 2011

paper english


today is the second day im exam. paper english. so should i write in english too? hehe

anyway, since last year, i use this approach on him when exam is coming; study smart and informal. well, study smart is more like a lie. hehe :P

the 1st year, we really sat down and spent time for revision. he was 4 then. the result, not bad. but, then i think again, he's just 4. me & SBF agree that we need to instill the happy thought when associating the kids with school. start early. 

so, last year, we changed the approach. the informal way. we play for the revision. play here means, we make it a fun process. example, i said the words, he spelled it. i pointed the sign-board, asked him to read it loud. asked him to find/point certain words. asked him to do simple addition, subtraction. see, this is like a game, no stress. the result, improved. happy and still achieved the target. hehe

this year, terrible. i was terrible. no fun revision at all. :(

remember we were out of country during 2nd week of April? realized he missed the calendar learning process during those days. and we only catched-up last nite. i know i am bad. poor im. how to make him remember january till december and how many days per month? how to remember leap year has how many days? normal year how many days? how about february during leap year. 
"ma, im tak paham sebulan tu ada 31 hari" for the case of January. 
"ma, leap year tu apa?" i told him it's 'tahun lompat' in malay, and he confused with the word 'lompat'
"macam hari lompat (main-main) kat taska tu ke?"

eerrr...

u know this knuckle-game, where you associated the month and the days with it? yeap, that's simplest and easier way i shared with him. 

and this morning, he asked me 
"kalau im tak boleh jawab macammana?" to which i replied 
"im jawab yang senang dulu. dah siap baru buat soalan-soalan susah"

how can a 6 year old kid to be worried about exam? it's just kindy. my fault? 

i remember i started learning A-B-C 1-2-3 at school when i was 7! i don't remember having to memorized january-feb-bla bla during those days. lucky me, i had good teachers and less classmates, so teachers can concentrate more on us. and, we know, schooling todays no longer the same as ours. and as a parents of current generation, we want the best for the child. being defensive on my action? hmm...

well, good luck im!

Friday, June 17, 2011

mid year exam


Jumaat, it's the day again :D alhamdulillah. berjumpa lagi kita.

just a quicky...

sekolah rendah sebelum cuti sekolah lagi dah habis exam. ada kindy lain, dah exam juga. 

im, next week baru nak exam. good luck. you have my best wishes dan doa. huih, macam nak SPM aje lagaknya. hehe


Tuesday, June 14, 2011

im kena ganti...


im ada hobi suka kumpul jam. (hamboi! kecik-kecik lagi kemain yek). budak ni memang pantang nampak jam, manjang suruh mak pak beli. pandai pula tu buat muka tanya mahal ke tak. hish. (nasib baik mak dia pandai tepis and strict. no is no, berapa banyak jam nak?) yang tahan so far, jam gap, yang i beli almost 1 year ago. tahan tu maknanya, dia kerap pakai. 

ni satu minggu lagi nak exam, sibuk dah berkira-kira.
"kalau im dapat no 1, im nak jam ben-10" siap ada aksi boleh tepuk dan ntah apa imaginasi dia.

++++

cerita hari khamis lepas, last week of cuti sekolah, lokasi kat rumah nenek.

im berebut nak tengok jam adik ipar (ucu), ntah macammana, terlepas jam tu ke lantai. pecah kaca muka jam tu. merajuk ucu, im kata dia buat macam-macam tapi ucu tak nak cakap dengan dia. ucu sedih sebab dia sayang jam tu dan baru beli awal tahun. im sedih sebab dia tak sengaja. and i can relate to both of them, how they feel .

so, i cakap kat im, im kena la ganti jam ucu. guna duit im. hehe

balik rumah, 1st thing im cari adalah tabung dia. tabung cawan dia :D
dia tengok duit kertas seringgit dia cuma ada 4 keping. 
"im kena ganti tiga ringgit" 
"aaa? alah, duit kertas im tinggal seringgit je" ;(
"yerlah, im dah terpecahkan kena la ganti balik"

walaupun dia sedih, tapi dia tahu dia kena bertanggungjawab. 

anyway, i pun belikan adik jam baru, topup sikit sebab SBF topup banyak. utk good result sem lepas juga. 

can spot the impacted area?

i berkenan warna maroon ni.....

keep up the good result ucu!

Saturday, April 2, 2011

wassup....


hello, hi, salam, :-)

close to 3 weeks tak update blog. adalah 2 kali try nak post. tapi separuh jalan taip, tinggalkan macam tu aje. 

kenapa? busy dan malas dan tak ada much idea to write. that's the truth. 

it's definitely going to be more hectic year tahun ni, keje kat opis la. sampai rumah dah penat, malas nak perah idea nak menulis kat blog. bila weekend, looking forward to spend much quality time dengan family. 

SBF keluar dengan nop, buat passport budak tu. ada cerita menarik pasal ni....

last weekend, i kena standby kat opis, malam sabtu sampai pagi ahad tu. SBF dah plan, nak bawa nop pi buat passport dia pagi ahad tu lepas fetch i kat opis. around 10am, i keluar dari opis. it's like a zombi you know; it's really mentally tiring, tapi badan kena gagah nak sampaikan kaki masuk kereta dan nak doze-off sekejap. baru aja buka pintu kereta, SBF kata nop nak kencing. i nak bawa nop pi toilet, tengok dia dah terkencing. bertuah sungguh nop ni! lahaiii kenapa buat perangai macam tu..... nasib la pakai jeans yg kain tebal tu, meresap kat jeans aja. tapi masa ni, i memang dah hangin.....

bawa nop pi toilet, i suruh dia habiskan kencing kat toilet, i basuh habis jeans dia. nop menangis-nangis. tak tau la menangis sebab takut i babab dia ke, or menangis sebab muka i macam singa. hhehehe. dia dah siap, i suruh dia pakai jeans basah tu. hishh...rasa kejam sungguh masa tu. terkial-kial dia nak try pakai. kesiannya anak aku. last-last, i dukung dia bogel-bogel tu, t-shirt tarik sikit nak cover montot budak comel tu. tau malu dah dia, tolong cover juga montot sendiri. 

plan nak buat passport last weekend cancel. 

im pula, pagi-pagi dah tuntut janji naik basikal kat luar. i yang kemalasan bagi alasan "kita naik basikal petang nanti", tak berapa nak di terima. bila i kata ok la, im terus peluk i. i rasa terharu tau. it's really a simple thing, i can tell you, it's a big thing for little kiddo. i can feel his sincere feeling "thank you mom". cuaca pun memang redup sangat-sangat, seronok juga la layan dua rounds pusing-pusing. ermm.. yerlah, im baru pandai bawa basikal roda dua last week. tu yang dia seronok :D

ok, jom layan bunga kemboja yang berbunga ikut sukahati dia kat rumah kitaorang ni. this is new bloom after ...ermm...togel beberapa lama.....



Wednesday, January 26, 2011

Happy Birthday to you...

Selamat ulang tahun ke-6 untuk Imran Haris. mama doakan yang terbaik untuk im dunia akhirat. semoga dalam lindungan dan keberkatan Allah selalu.

petang ahad,kek dah beli, party pack simple-simple dah siap. nak celebrate kat school on monday 24th Jan, his birthdate. malam ahad tu demam im tak kebah. paling seriau tengok ada kinda rashes pula naik kat badan dia. agak dia ni alergi ubat. 

pagi isnin pergi klinik, pung pang pung pang kat dr, dr bg ubat lain, im cuti isnin tu. i keje from home. SBF pun MC, dia demam sekali. demam betul...bukan tipu-tipu..hehehe

simple celebration kat school tunda ke hari selasa. alhamdulillah demam dah tak ada, rashes dan gatal-gatal sikit tu masih ada. manageable la orang kata. =D

sila layan pics, siapa sebenarnya yang excited nak tiup lilin, yang excited nak sambut besday ni?








i cropped gambar classmates im. mana la tahu ada parents terserempak gambar anak-anak dia kat blog i, kottt la kannn, macam la depa tahu blog ni wujud ke tak hehehe, dan mereka tak suka...so better don't. hehe

Wednesday, January 5, 2011

antara dua


malam kelmarin. dok kemas-kemas lemari atas. dah dekat dua bulan rasanya guna the same beg, beg ni
ada dua pilihan. antara signature ntah-apa-model dgn yang ni

signature ntah-apa model tu, dah lama tak pakai nampak buruk la pula. 'cleaner' ada, konon la menyental ikut segala peraturan. tak nampak bersinar pun. i ingat nak pakai beg ni je. buruk pun buruk la. yang beg lagi satu ni, selalu gak rotate....

susah juga nak pilih. hehe. sib baik laaaa ada im dengan nop. bersungguh-sungguh im bagi pendapat. dia kata pakai beg ni sebab dia besar sikit. masa ni, terlintas kat fikiran, macammana kalau ada anak perempuan ye....hehehe. terfikir aja, takda tindakan susulan pun.....

baik la encik im, mama ikut nasihat. :D mama guna yang kat bawah ni.....

Tuesday, January 4, 2011

he's soon to be 6


time does fly so cepat one.

yesterday morning, i didn't send im off to school. SBF said this is his 3rd year already. he'll be fine on his own. =(
i had to adhere to his say, not that i WANT to. tapi tu budak kecil lagi satu, lambat bangun. haih, someone had to stay behind and siapkan dia. who else.....tapi terubat sikit sebab SBF sanggup join i cuti 1/2 day, fetch im from school =). ehem, cuti dah apply awal-awal ye, bukan emergency leave =P

see, he's a big boy already. pic taken this on 3rd Jan 2011 morning. dia tak sedar. punya la semangat nak pergi agaknya, botol air pun tertinggal. 



post semalam i mentioned yang im mungkin tak kisah pakai baju tahun lepas. guess what. little did i know he's kisah! so, i mungkin beli lagi sepasang. and i bagitahu im, cukup la 2 pasang, jimat-jimat. silently he agrees to that. bagus anak mama ni =)

and, he's so rajin semalam. i sibuk ambil baju kat ampaian, dia pun sibuk tolong ambil pinggan susun atas meja untuk makan malam. sebelum ni i tak bagi dia ambil sebab risau dok terlepas kang pecah berderai pinggan tu nanti. kaca halus-halus terkena kat kaki tangan sakit tau.....tapi sampai bila kan? everything has a starting point. 
nop pun rajin juga.
"abang im, cepat la! tengok tv ni" menjerit dari atas. mentang-mentang kat taska baru lepas minum susu, dia tak lapar sangat.

below pic, me and him. when he was just about 7 months. ah, cepatnya masa berlalu....
*sob sob*

mama loves you....



Sunday, January 2, 2011

3Jan2011


anak-anak dah ready minda semua nak pergi sekolah esok??? hehe

imran, macam tak ada perasaan. tadi suruh tidur awal pun payah. mak nya pun satu, 8.45 dah suruh anak masuk tidur. hehe. siapa yang semangat ni sebenarnya? bukan apa, tahun ni i masukkan dia sesi pagi. 2 tahun lepas sesi kedua. so, harus la tidur awal supaya senang bangun lebih awal lagi. cuti sekolah dah train, tapi ada juga malam-malam yang terlepas.....hehe

untuk sesi persekolahan tahun ni, kami beli sepasang baju sekolah sahaja. saiz pun dah naik budak ni. yang 4 hari tu, guna baju tahun lepas aja la im ye. =). penting tau show up kat school on the 1st day pakai baju yang tak kekuningan. kalau memang seragam warna kuning tak ada masalah la. tapi, mungkin im tak kisah pun kot....

petang tadi SBF dah bawa budak berdua pi gunting rambut. i tunggu kat kereta aja. masuk kereta, im muka tak puashati. sebab? sebab rambut depan agak sedikit pendek. he prefers it a bit long so that dia boleh sisir rambut ke tepi. cheehhh.....

ermm...transport fee pun dah naik. 2 hala rm42, sehala rm35. yer lah, rege minyak pun dah naik, nak buat macammana. transport fee untuk kelas mengaji im ni, i agak-agak la, akan naik juga. tengok apa kak nani kata nanti.....hehe

selamat kembali ke sekolah anak-anak. selamat menempuh jalan jam macam biasa ibu bapa. =D


Monday, December 27, 2010

pon ponnnnn.....


bila pergi kedai ke shopping mall ke, hiaran betul. ada aja permainan telan duit syiling ni. kedai runcit kat area rumah i pun ada. lagu best tak apa juga, ni sangat la annoying. saja pasang kuat-kuat nak tarik perhatian budak-budak.

bila nampak permainan macam ni, nop adalah orang pertama declare dia nak naik! im yang mula-mula neutral macam tak kisah dengan mende-alah ni, akan bertukar mood. adik naik dia pun nak naik. 

i malas betul nak layan permainan macam ni. dah la telan duit, bukan seposen dua, sekarang mostly kena sumbat seringgit. time-time tengah tak cukup duit syiling, sangat mencabar kesabaran seorang emak kalaulah anak dok merengek nak naik juga! nak naik juga! dah la tu, habis masa, nampak mende-alah mainan yang sama tapi lain bentuk, berlari nak naik yang tu pula. haih! 

ok ok, biasanya, maksudnya bukan selalu la ye. i bagi chance kat budak berdua ni, sekali ride. that's it. kalau nak ride seterus, tunggulah next trip pergi kedai. dan akan banyak ilmu psikologi keluar. hehe

dan, ini pun penyebab beg i berat, spare syiling. =P


habit dan bantal




kebanyakan orang, kalau tak semua, pasti mempunyai habit tersendiri. 

i have mine, but it's not me what i want to share here. it's about im. hehe

he has his favorite pillow. kalau tidur malam memang mencari bantal ni. kalau tengok tv nak baring, cari bantal ni juga.petang nak nap or baring just nak minum susu, sanggup naik atas ambil bantal dan baring bersepah ikut sukahati gaya sendiri kat ruang tamu kat tingkat bawah. sanggup! bergaduh dengan adik pun of course, demi mempertahankan hak dia ke atas bantalnya...

dah lama i notice, bila dia nak tidur, mata dah layu ni, tangan dok pintal-pintal, tepuk tepuk, gosok-gosok muka kat bantal tu. buat dia lali la i rasa. 

bantal ni tak ada nama khas, cuma im panggil bantal lembik. kenapa? bantal ni di perbuat daripada kekabu. memang la lembik, pegang memang syooook! luckily, bukan tahap bantal busuk yang nak kena bawa kemana-mana. cukupla dekat dalam rumah aja. nasib baik! hehehe

Monday, December 20, 2010

sebut betul betul: u-mang-ge-cooooo


budak-budak sekarang kalau tak tahu cerita kartun ben-10, memang tak sah. 
parents pun kalau tak tau cerita ni, macam 'biar betul'.

ok, kat atas are true bagi most of us la.

ada satu watak, humungousaur. katun nya macam gambar bawah tu la. kartun ni, favorite nop. ok, im juga. the lists goes on actually. haha 


nop kan masih pelat, despite we talk using normal slang with him. tak apalah, i'Allah pelat tu akan hilang la.

ok, berbalik pada pelat nop. walapupun dia cakap pelat, tapi kalau kita cakap ikut slang pelat dia tu, dia akan kata salah, bukan. petang tadi layan ben-10....

"u-mang-ge-chooo" nop sebut humungaosaur.
"u-mang-ge-chooo" im pula sebut
"bukan, bukan" nop kata salah. tanpa putus asa, nop sebut lagi "u-mang-ge-chooo"
"hu-mang-ge-chhoorrr" im try sebutan ni pula
"bukannn....bukan...." nop hela nafas panjang, sebut lagi "u-mang-ge-chooo"
im memang suka sakat nop. in fact, both of them memang suka sakat each other. 
macam-macam im sebut just nak sakat nop. i pun tak ingat ntah apa lagi sebutan versi im tu.
finally, i sebut "hu-mang-ge-shor".
"aaa..betul betul" nop angguk kepala. baru la senyap. 

lepas tu hujan lebat, astro pun out-of-service. im dan nop pun sambung main buat bising. heh


Related Posts with Thumbnails