Pages

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

pet for kids


Kucing memang typical haiwan peliharaan kan? Masa kecil-kecil dulu, I memang suka kucing. Tapi bila dah pregnant, dan dapat tahu tak elok untuk perempuan yang mengandung dekat-dekat dengan kucing, I slowly menjauhkan diri. Tak sangka, melarat sampai sekarang.

Sungguh pun I tak bela kucing, SIL memang 'hantu' kucing. Kat rumah MIL tu ada la beberapa ekor kucing peliharaan. So, budak berdua memang dah biasa dengan kucing dan banyak kali minta nak ada kucing sendiri dirumah. Senang cerita, SBF tak bagi dengan alasan,
1- takkan la nak kurung kucing, kesiaaannn kucing.
2- bila tak dikurung, besar kemungkinan kucing berak merata. I memang tak lalu nak buang najis kucing. Bau pun tak tahan. and I don't think SBF wants to handle that most of the times too. nak harapkan Im dengan Nop? huh! so, ini alasan paling logik.

tapi SBF belikan Nop kucing soft-toy. memang real kalau tengok. tengok la dalam gambar tu. kan? Kenapa pula kat porch you asked? sebab ada abang bijak pandai mandikan kucing. senyap-senyap tapi kantoi dengan mama. bila tanya kenapa, Im kata "sebab im nak dia wangi". pergghh...


the only real pet we have, is fish. ikan koi kat kolam luar dan ikan guppy dalam aquarium, hehehe. SBF guna alasan ni pet untuk budak berdua. but believe me! ni dia punya juga yang sebenarnya! ada ke aquarium budak-budak macam ni? kalau pergi MV tu, manjang nak singgah pet world lah. pergi mana-mana mesti nak singgah kedai aquarium. huh!


But I enjoy feeding the fish juga sesekali. setakat bagi makan, tengok ikan-ikan berenang boleh la. nak tukar air ke, buat filter ke, ntah apa gajet lagi, I pasang telinga sahaja bila SBF cerita. hihi :)

Tuesday, November 20, 2012

"let me think 1st, ma"


Sepanjang minggu ni, Nop berjuang dengan peperiksaan akhir tahun. Bermula Selasa hingga Jumaat.

Ini gambar belajar berselang seli dengan main, selang seli tengok cd, selang seli tolong mama jerang air (sebab nak minum susu), selang seli dengan makan air batu. Kan! lebih banyak aktiviti sampingan berbanding  belajar.

Tanya W-A apa bunyi suku kata, dia balas "kejap ya ma, biar nop fikir". hehe.

Semoga berjaya anak mama sayang.

Thursday, June 23, 2011

he's being so helpful....


another 1 day before we can jimba-jimba sikit ye :D hehe

+++++++++++++++++++
malam kelmarin, i slept late. around 3+ in the wee hour. sambung buat kerja kat rumah, which it's rarely done. that means, i had to do it. had to. kalau tak, jangan harap. the best thing still, bangun pagi macam biasa. lagi awal sebab SBF ada meeting so he needed to reach office even earlier. 

anyway, how the day passed by semalam for me, alhamdulillah still ok. 

last nite. ni la cerita sebenarnya. tapi paragraph atas kena bagitau, kalau tak macam tergantung pula cerita i ni karang. hihi

lepas makan malam and melalui the same routine, i memang dah tak larat. nak mandi pun dah tak larat. i ended-up tidur awal (awal pun passed 10+). dengan tak mandi! haih! budak-budak pun tak masuk tidur lagi masa ni. dengan harapan SBF akan tolong take over. hehe

mamai-mamai dengar nop masuk bilik, cakap dia nak yak-yak. mamai-mamai nampak macam SBF pun baring sama. lepas tu i tak sedar apa dah. to think again, i rasa terlelap macam tak sampai 5 minit....... then macam tersedar dengar pintu di tutup... 

this morning, SBF cakap, dia memang terlelap sama. we found out, it's im yang tolong pakaikan adik dia pampers. im yang ajak adik dia tidur, ni yang i dengar bunyi pintu ditutup....

i am touched u know. anak bujang i boleh diharap. *jap, tahan sebak kat dada*. 

kenapa i am touched, sebab the norm for the nite, budak-budak tu akan ajak one of us teman baring-baring dulu kat bilik depa, nop mostly akan ada aksi nangis-nangis manja dulu, tak pun masuk bilik tapi main loncat-loncat dengan lampu terang benderang switch on. 

terima kasih im for helping us. thanks nop for not putting up any acts. i love you both so dearly.....



Saturday, April 2, 2011

wassup....


hello, hi, salam, :-)

close to 3 weeks tak update blog. adalah 2 kali try nak post. tapi separuh jalan taip, tinggalkan macam tu aje. 

kenapa? busy dan malas dan tak ada much idea to write. that's the truth. 

it's definitely going to be more hectic year tahun ni, keje kat opis la. sampai rumah dah penat, malas nak perah idea nak menulis kat blog. bila weekend, looking forward to spend much quality time dengan family. 

SBF keluar dengan nop, buat passport budak tu. ada cerita menarik pasal ni....

last weekend, i kena standby kat opis, malam sabtu sampai pagi ahad tu. SBF dah plan, nak bawa nop pi buat passport dia pagi ahad tu lepas fetch i kat opis. around 10am, i keluar dari opis. it's like a zombi you know; it's really mentally tiring, tapi badan kena gagah nak sampaikan kaki masuk kereta dan nak doze-off sekejap. baru aja buka pintu kereta, SBF kata nop nak kencing. i nak bawa nop pi toilet, tengok dia dah terkencing. bertuah sungguh nop ni! lahaiii kenapa buat perangai macam tu..... nasib la pakai jeans yg kain tebal tu, meresap kat jeans aja. tapi masa ni, i memang dah hangin.....

bawa nop pi toilet, i suruh dia habiskan kencing kat toilet, i basuh habis jeans dia. nop menangis-nangis. tak tau la menangis sebab takut i babab dia ke, or menangis sebab muka i macam singa. hhehehe. dia dah siap, i suruh dia pakai jeans basah tu. hishh...rasa kejam sungguh masa tu. terkial-kial dia nak try pakai. kesiannya anak aku. last-last, i dukung dia bogel-bogel tu, t-shirt tarik sikit nak cover montot budak comel tu. tau malu dah dia, tolong cover juga montot sendiri. 

plan nak buat passport last weekend cancel. 

im pula, pagi-pagi dah tuntut janji naik basikal kat luar. i yang kemalasan bagi alasan "kita naik basikal petang nanti", tak berapa nak di terima. bila i kata ok la, im terus peluk i. i rasa terharu tau. it's really a simple thing, i can tell you, it's a big thing for little kiddo. i can feel his sincere feeling "thank you mom". cuaca pun memang redup sangat-sangat, seronok juga la layan dua rounds pusing-pusing. ermm.. yerlah, im baru pandai bawa basikal roda dua last week. tu yang dia seronok :D

ok, jom layan bunga kemboja yang berbunga ikut sukahati dia kat rumah kitaorang ni. this is new bloom after ...ermm...togel beberapa lama.....



Sunday, February 27, 2011


sambungan pasal makan-makan kat ipoh...

ni mee rebus ramli. memang sedap! kalau boleh, makan masa hangat-hangat tu. bila dah sejuk, kurennnggg.... ingat ye kawan-kawan pesan penaja

mangga + eskrim, kat tambun lost world


strawberry + eskrim, pun kat tambun lost world

ni kat pau yik mun punya kedai, mee hailam. on the way balik dah...

apple asam boi. memang tak silap kalau order air ni kat mana2 rest so far, hehe

mee goreng, im order. sedap pulak...hehe


kaw-kaw white coffee @ yik mun ni....

this is the famous pau, pau yik mun! lembut! frozen punya pun adaaaa

 hihi! cemana tak tembun ! :P

Wednesday, December 29, 2010

tunggang langgang






ye puan-puan, begitulah keadaannya bila budak berdua seronok main sorok-sorok. 

ni consider ok lagi. yang lagi dahsyat keadaan tunggang langgang adaaa, cuma tak sampai hatiii nak tunjuk kat orang. =P

karpet tu, the only karpet yang dipakai guna kat dalam rumah. sebab budak berdua ni alergik habuk la macam-macam, malas nak pasang. pun pasang kat living area, area yang jarang di jejak during weekdays. weekend lain cerita.

lepas main-main ni, kalau tak susun balik which is of course la memang tak kemas balik, i akan start la pot-pet. mula-mula ask nicely. "im, nop, nak main lagi ke tak nak". kalau jawab "dah" lepas tu buat tak tahu aja, i akan sambung, "dah siap main kemas la balik. tolong mama ni". biasanya akan berulang 2 3 kali la. dengan nop memang tak jalan lagi. especially kalau im ada. im pun tolong la kemas, dengan i kena pantau, dan bagitahu mana yang nak kena kemas. nak letak mana, itu la ini la. so, mulut i ni memang pot-pet laaa kalau weekend. kalau lalu depan rumah dengar orang cakap kuat-kuat tu, minta maaf la ye. hehe. kalau jawab belum, i biarkan aja la......

adakah ini typical situation dengan mak-mak lain... i wonder......and, how they are handling the kids.....i ni bukan la penyabar sangat......haihh.....


Friday, December 24, 2010

Cuai!

Sangat-sangat cuai sebenarnya. Kalau fikir dengan lebih mendalam, serius tak boleh tidur lena malam ni....

Lepas dinner kat luar, terus balik rumah. Budak-budak dah ambik dulu sebelum gi makan. Sampai depan pagar, i la tukang buka pintu pagar. Manual lagi. Takda otomatik otomatik ni lagi. Sen pergi kelain tak sempat nak menabung ke situ lagi. Melalut tak puashati kesini pula.

Sambung semula...

Biasanya guna kunci SBF. Eh eh, takda pula kunci tu kat tempat biasa. Alahaiii... SBF pun dok cari-cari. Tahu kat mana kunci tu? Kat pagar!!!!! I sangat-sangatlah terkejut.... Mula lah dok fikir, macammana boleh tertinggal kat mangga? Macammana?

Mudah-mudahan tak ada apa la berlaku semasa hayat kunci tu kat situ. Elok je terletak macam orang perempuan berleher jinjang pakai anting-anting. Hisshh. Naudzubillah... Biar selamat semua. SBF dah check-check kawasan belakang, alhamdulillah ok.

Baca ayat kursi dan 3Qul lebih sikit. untuk keselamatan......


Sunday, December 19, 2010

khatan vs satay minang



petang tadi ada kenduri rumah jiran. anak lelaki dia nak berkhatan. they opt to use laser. katanya pagi buat, petang dah kering, malamnya dah boleh bergerak macam biasa. kawan cakap, i tak ada info sahih lagi. 2 minggu lepas, jiran sebelah rumah pun buat kenduri sebab anak lelaki nak berkhatan juga. dia pilih cara clamp. cara ni pula, at least 2-3 days baru kering. cuti sekolah, musim berkhatan juga. sambil-sambil makan, sambil bertanya-tanya juga kumpul tips pasal berkhatan. yerlah, esok lusa turn anak lelaki i pula =)

balik kenduri, salin baju santai-santai, pergi rumah MIL. lepak lepuk lepak lepuk. ntah macam mana timbul cerita satay minang. oh, masa tu SBF baru balik dari hantar kawan dia ke rumah tukang urut. dia sebut pasal gerai satay minang kat simpang. 

"kenapa abang tak beli"
"tak sempat, tadi lalu masa hantar kawan pergi rumah tukang urut tu. penuh satay tu, membukit"

saja buat orang terliur la tu. sebelum ni i pernah makan sekali rasa. mek beli lepas tu dia simpankan sikit untuk kami rasa. kereta pula SBF hantar gi cuci and polish kat nearby shop, tak ada kenderaan nak pergi beli. nak menapak, 5 minit pun belum tentu lepas nak seberang jalan. 

SBF dan mek dan ayah pot pet pot pet, keputusannya, suruh adik SBF tolong belikan. dia kat rumah mertua, dekat aja, ok la tu. hehe. see, penangan satay minang.

ni la rupa satay minang. guna ayam pencen, dengan kenyal-kenyal tu, sedap!  ada nasi impit dan berkuah. i mean, really berkuah. bukan macam kuah kacang kita tu. serius sedap, tapi satay minang ni pedas. tak sesuai untuk orang yang tak makan pedas or tak tahan pedas. =D 


filem ngangkung

[Image: ngangkung.jpg]




kami ber empat, layan wayang petang tadi. cerita ngangkung. i nak tengok sebab palakon tu ada shaheizy sam. tengok adnan sempit dulu dia berlakon bagus, expectation the same la kan, kalau tak higher. 

kalau kitaorang tengok movie, cerita mana nak tengok ikut 'sedap tekak' i. hehe. tak lah, tak lah seratus peratus. consider sikit-sikit budak berdua tu akan enjoy ke tak. =P. yela, i yang tukang book, kalau tanya SBF banyak-banyak, kang dia pening. hahaha. oooppsss...ampun bang.

selalunya layan kat one utama, tapi harini saja layan kat mid valley. lagi sekali, we under estimated ourselves. bersusun paku juga la kereta-kereta nak masuk ke mv tu. semua tanda parking penuh, FULL! 
"kita masuk zone A la ye?"
"sukati"
"sukati?"
"a ah"

jarang masuk zoneA, selalunya parking kat garden atau premium atau kat cititel (mencekik darah harga kat sini sebab guna jockey, tapi kalau malas nak cari parking, boleh la parking kat sini sekali sekala). untung nasib badan, pusing 3 kali dah dapat parking. P1 21A, color code pink. hehe ingat jangan tak ingat. tadi masa nak keluar, ada seorang uncle berjalan-jalan sambil cakap-cakap kat handphone, i suspect dia lupa parking mana. 

eh, melalut panjang, nak cerita pasal ngangkung. my versi. tak payah la i nak bagi sinopsis, sila google, berlambak! i cuma nak review lakonan aja. itupun 3 orang yang memberi impak dalam kepala i. haha macam bagus.

ok, serius.

personally, lakonan azad lebih menyerlah berbanding shaheizy sam. somehow, cerita ngangkung, dia seolah-olah terlalu berusaha melakonkan watak azim. lakonan suri pun not bad. mimik muka dia terperanjat bila azim tampar muka anak (wahida) adalah sangat berkesan. babak-babak lain, terperanjat sebab 'bobok' muncul memang ada. i mungkin ada terjerit sekali. tapi tenggelam sebab orang lain pun jerit sama. hehe. overall, komedi seram ni best, i bagi 8/10. 

*sila jangan muntah sebab i review ikut 'sedap tekak' sendiri*

Saturday, December 18, 2010

joining the numbers and coloring

sambungan kisah mewarna, kali ini kisah imran pula. 

imran dah upgrade skill mewarna dia. dah pandai buat garisan tepi, dan tak nak mewarna comot comot. nak mewarna sehala aja. 

skill mewarna guna color water, still needs more practices of course. yang kat bawah ni, kira macam lukisan abstract boleh? teringat dulu dulu, 'femes' style macam ni. siap buat t-shirt lagi. 
macam katak pun ye juga.....

orang berjalan pakai baju kelawar kot?

elf?

cap kat kain ok gak ni. yek? hehehe 

ntah....tak nampak apa. ni sah abstract sungguh!

probably one of the alien from the ben-10 cartoon


kena ada variety, tak boleh everyday nak mewarna. kemas kemas buku, fail and surat surat penting, jumpa la buku buku latihan yang tahap 'kacang' buat imran sekarang. suruh buat add minus, yang minus di add nya. bila tegur dia dah malas nak buat. tak ada mood la tu. buat sambung nombor nombor, berlagak juga. yang mana dia boleh agak gambar apa yang tersembunyi, tak nak buat.

masa tu i tengah angkat baju kat jemuran, dia bawak exercise book ke luar. duduk kat porch. tiba-tiba dengar dia marahkan nop..
"jangan la kenakan angin tu, nanti jerawat dia hilang" dalam hati i, jerawat?
nop sikit-sikit nak mengadu. berlari la dia datang kat i nak mengadu kena marah dengan abang dia. bawak "magic color" sekali. baru la i paham, jerawat tu dakwat! haih im!

jom tengok hasil menyambung nombor im.. 
woof woof....

zasss....

yang tak disuruh warna, pun dia warnakan...

confident memula kata penguin juga. dah siap tanya "eh, bukan la ma. apa ni?" ha, berlagak lagi...

dinasour

haih.......minggu depan dah masuk kerja balik. budak-budak hantar daycare balik. tengok muka sorang-sorang, sayu je hati. for the past 1 week, i memang jadi S-A-H-M. macam-macam perasaan ada. konon nak keluar one of those day, dari sehari ke sehari tunda sebab tak sampai hati nak hantar ke daycare. bila dah masuk kerja, tak sampai hati kena buang jauh-jauh. uhuk..... =( 

SBF pun happy, everyday balik makan malam kat rumah, everyday macam-macam update pasai budak-budak. dari kisah kelakar sampai kisah naughty. yang kena cubit la, kena marah la. macam-macam. sampai dia cakap "ayang dok rumah aje  la". of course honey, i'Allah ada rezeki lebih....not now.....


Tuesday, December 7, 2010

Narnia : The Voyage of The Dawn Treader



 

semalam dah booked cerita narnia ni. senang book and pay online, tak payah tergesa-gesa nak datang awal. i sebenarnya yang excited nak tengok. the first two sequels i tengok. hehe. mengalahkan  budak-budak pula.

because the only available is on 3D, the kiddos were not enjoying that much, compared to Rapunzel that we watched previously. 



compared to the first 2, this one, ok la not bad. from the 4 siblings, cuma ada lucy and edmund aja. surprisingly, the cousin character eustace, buat i terhibur. why? go watch it. hehe. overall, kinda missing something. the umpphh ada kurang sikit, but still enjoyable. 


Tuesday, November 30, 2010

party pack


entry dulu-dulu (nampak sangat malas nak cari, hehe), ada mentioned pasal birthday budak berdua tu. konon nak buat majlis untuk naufal bulan Sept lepas, dah cecah tahap 3 tahun. tapi...tak buat pun....

semenjak dah pergi sekolah tadika ni, dan dah duduk kat taska, kejap-kejap balik ada party pack. kejap-kejap ada party pack. bukanla i tak suka, cuma tak gemar. apa beza yek? bukan apa, budak-budak ni bukan elok makan junk food / sweets selalu, sesekali tak apa la. itu pun dengan pengawasan adult. i am fine with that. kalau selalu, terlebih gula or bahan perisa, tak bagus. terlebih gula nanti bantut. hehe

untuk next year, imran dah pandai plan for his birthday celebration. dia pun nak party pack, nak celebrate dengan kawan-kawan kat sekolah, kat taska. party pack nak bagi kat kawan-kawan. 

mungkin i nak kena survey list makanan apa nak bagi kat kawan-kawan dia. ada lebih kurang 2 bulan ni nak survey....... 

Wednesday, October 13, 2010

091010


ok semalam post pasal 101010. harini nak post pasal 091010 la pula. 

:D

kami buat open house on 091010. dari tengahari sampai malam.

i cuma buat laksa (my friend ara & her bibik pun tolong sama). maklum, ni first time buat laksa seumur hidup. tak suka sangat makan laksa, tu yang tak ambil kisah how to do it. hehe
anyway, it turned out good. SBF yang penggemar laksa, kata ok, ok la tu kan. :) i pun makan la of course. tapi bila penat, makan tu tak feel sangat, kan? ececehhh....ye oooo aje la ye

i buat dessert juga; chocolate caramel flan dan strawberry cheese cake. 

yang lain catered. hehe. apa yang lain? nasi minyak, satey dan roti jala.
walau pun cater, rasa penat tu ya Rabbi, penat sungguh. sungguhpun penat, rasa gembira sebab dapat jamu kawan-kawan yang datang. on the same day, ada 3 jamuan kat kawasan kejiranan! tetamu yang datang, bukan datang dengan perut kosong. petang banyak lagi makanan, so i tapaukan kat tetamu yang datang belah petang dan belah malam.

rezeki tahun mendatang, taknak la buat banyak menu. cukup 1 heavy 1 simple. kan?

Thursday, October 7, 2010

PSP


im dah lama minta PSP. it's hard to say no especially when he sees his friends have it, playing with it. pergi rumah kawan open house, kawan-kawan keluarkan, nasib baik, dapat turn main. kalau tak, gigit jari aje la.

"if you get good result, i will buy you one". that was last year's promise. i tak keep the promise. dan i selalu berdalih-dalih. ok i tahu, keji perangai ni. *sigh*

we agree on new promise. 
mama belikan im 2 buku cerita, im habiskan baca, lepas tu cerita balik kat mama. ok?
ok. laju aje

semalam i belikan bukan 2, tapi 4. 2 bahasa, 2 english. hehe. tunjuk pagi tadi, dia excited. ok, sekarang i mesti tunaikan janji. lepas dia memenuhi etika perjanjian tu la.

apa yang i risaukan? 
kot asyik nak mainnn aje kerjanya - kan boleh control. set the rules clearly. 
dok berebut dengan nop - definitely this will happen. kena letak sistem giliran. 

ok tu je. oh lagi satu, mahal game tu utk budak umur 5 tahun. ye, i berkira. hehe

Monday, August 16, 2010

shopping raya, duit raya....

dah shopping baju raya? berapa puluh helai? hik hik

baju raya i sebelum puasa dah siap. malas nak hantar kat tukang jahit lambat-lambat. kang taknak ambil tempahan naya aje. ermm....dah pakai pun, rasmi ke opis. haha. tinggal sehelai je belum rasmi.....takpe, cite baju raya orang dewasa ni tak best.....

sebenarnya.....

tadi pergi shopping baju raya budak-budak. bukan dengan SBF, dengan im. hehe. seronok shopping dengan im ni. dia seronok pilih dan pilih, tunjuk kat mama dia ok ke tak ok, pillih untuk orang lain pulak, mama pulak berpeluh tengok bil. sib baik papa punya $$$. mama top-up aje. SBF tak join the fun sbb kena tunggu nop dalam kereta aje. nop chicken pox tak elok lagi....owh, by the way, semalam ambil jap utk im utk c.pox tu. w/pun dia dah kena tempias 2 tahun lepas, just a precaution. dr bgtau, once exposed, secepat mungkin elok ambil jap tu. virus akan berada dalam badan for 2 weeks sebelum keluar tanda-tanda melepuh tu. moga, im tak kena lagi. mama and papa pun jangan la kena lagi. *amin*

sampai-sampai aje kedai, i pilih jeans dulu. im dah sibuk cari t-shirt dia sendiri. betul, dia ada taste sendiri. sib baik la pilihan dia tak ada yang i object. eh chop, ada selai i reject sbb ada gambar bulldog. yang lain-lain ok la. takde yang mengarut-ngarut gambar nya. baju melayu pulak, budak berdua tahun ni dapat kain cotton. senang. bagus. berlari ke sana sini peluh serap kat kain. :)

tengah sibuk cari baju kurung culin (anak buah yang sebaya nop), im datang tunjuk kasut baby - "ma, kita beli kasut razin nak?" "tak payah, kita beli baju aje utk dia". senang. kang beli lebih-lebih, mak bapak dia kata i overacting pula. haha. ye ke? tahun ni, anak buah bertambah, dari 1 (culin) jadik 4! another 3 boys! culin menten anak buah perempuan yang dapat perhatian lebih daripada maklong dia. best kan culin?

yerlah, yang seronok beraya mestila budak-budak. lagi-lagi beraya kat kampung. lepas solat raya, budak-budak dah bagi salam beraya kat rumah jenjiran. ada tu, daripada kampung sebelah! hebat tak hebat kuasa nak kumpul duit raya sebenarnya. hehhe

haih...teringat....teringat....jaman budak-budak dulu. time puasa amat menyiksakan! rasanya panas sepanjang bulan. pergi sekolah agama naik bas, letak tuala basah bawah tudung kononnya nak redakan kepanasan. turun bas, tuala ntah kemana. pastu time balik, dah tekad nak beli air sirap warna merah menggoda tu. nak teguk banyak-banyak masa buka. paling tak tahan, panjat kerusi naik atas meja makan. menyangkung tenung jam bulat sangkut kat dinding. lamaaaaaanyaaa jarum panjang tu bergerak! seriyes, dulu-dulu rasanya masa beredar cukup lama. sekarangggg... laju aje. bila fikir-fikir balik, masa beredar tanpa kita sedar bila kita sibuk. paling senang, tersangkut kat traffic light, menunggu lampu hijau menyala. masyaAllah, rasanya kemain lamaaa. padahal..... :D

melalut la entry ni, macam-macam jadi rojak dah. hehehe

ok..until next entry, selamat berpuasa. jangan puasa yang-yong dah besar-besar ni. hodoh!

Thursday, August 5, 2010

Family Trip - Day2

okay sambung cerita family trip, sementara rajin nak menaip bercerita lebih sikit.

kitaorg layan island hopping. satu bot yang muat 10 orang tu di charge rm150. pada i ok la tu. rm15 per head sbb kami ada 10 orang. termasuk budak 2 orang tu la. ingatkan kami  ber 10 aje la, rupa-rupanya driver bot tu ada plan lain! hish.... dia bawa satu couple (ni rasanya baru kawen, tgh honeymoon). this one i didn't mind. driver bot tu angkut lagi 3 orang; sorang kawan lelaki dia dan 2 orang awek. awek masing-masing la. lupa nak mention, dia tukar guna bot yang muat 20 orang. besar sikit. sib baik. kalau tak amuk amuk. hik hik.

sambung cerita annoying sat gi. sambung cerita ok dulu....

kami stop kat coral island, skip snorkling sbb bawak budak-budak rasanya cam payah nanti. dah la naufal tu taknak masuk air, nak masuk air kena berdokong. boleh? 

SBF minta driver bot ambik balik after 1 1/2 hour. plan dia simple aje - mancing. i rasa hampeh sekejap sbb mmg tak plan nak bergolek-golek dalam air, persalinan semua tak bawa. budak-budak punya swimsuit pun tak bawa. kesian depa. last-last, im main air pakai spender dia, nop main air bogel. nop takpe, budak kecik..bogel pun comel. ehehe

memang betul! orang ni kalau dah khusyuk memancing, macam lupa masa. seriyes! semua la macam lupa. yang best layan tarik tali pancing, letak umpan kat mata kail, main sentap-sentap kail. paling syok bila ikan tertipu. kemain lagi ye SBF. takpe....kasi chance :P 

ada sekor ikan kerapu, SBF kata bijak! bijak sebab menyorok bawah batu bila dah termakan umpan. tapi SBF bangga sebab dia lagi bijak. dia biarkan ikan tu macam leka bawah batu, bila ada rasa sentapan sikit, dia tarik kail lagi. 2 kali main macam tu dengan ikan tu. tuh la syoknya kot. sampai ke-esokkan harinya tak habis lagi cerita. dia kata kalau nak cerita kat kawan dia yang bernama K***, kena kasi panasss sikit cerita tu. sbb mamat tu akan rasa teruja dan dia akan keluar pula cerita hebat versi dia. hehe. macam budak-budak. 


sampai kat chalet, SBF passed ikan kat restoran Tok Sidang. suruh masak bercili. i enjoyed ikan-ikan ni. lauk lain SBF ordered udang and sotong. all seafood. lagipun tak elok makan makanan laut bercampur  dengan daging at the same time. just nice kan :D (hmmm....selalu gak terbabas actually) .. 

oh! hampir terlupa ada cerita tak best tu kan. hhm....malas la pula nak sambung cerita tu.

ok, that's day-2 punya hu ha hu ha ....

Sunday, August 1, 2010

Family Trip


Akhirnya! berjaya juga melaksanakan family vacation ni. ni family belah SBF. i'Allah next trip dengan my family pula. kemana kita ni ye?......

tapi korum tak cukup, ada yang tak dapat pergi di atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. tak mengapa, i'Allah next trip, dapat join.

kami stay kat Pangkor Village Beach Resort. the beach is nice, air jernih dan bersih tapi masin. masin ni compare dengan Cherating. ambik family chalet, depan chalet terus mengadap laut. budak-budak dan seangkatan yang suka main air memang suka la! 

SBF pun seronok sbb dapat tangkap ikan. i was skeptical at 1st whether he will be able to catch one dekat gigi air. hehe. mlm tu, ikan yang dia dapat tangkap tu jadi tambahan lauk makan malam kami!

so far, last nite dinner kat restoran Tok Sidang amat memuaskan. sedap. sebab sedap, esok malam akan makan kat restoran yang sama tapi nak ada menu ketam pulak. hehe. 

apa aje nak buat bila kat pulau? selain makan, tido, main air? nak shopping memang out, unless, nak shopping hasil laut! esok antara aktiviti nya tu nak menyopping barang laut la. ikan bilis? ikan masin? hehehe

ni cerita hari pertama :)


Wednesday, July 28, 2010

bibik


kami dah lama dok bincang (yang so obviously tak habis lagi) pasai nak ambik maid. the thing is, my gut feel is prohibiting me from employing one. why ohh why? pros & cons pun dah congak , dah luahkan pada SBF.

SBF setuju.
Im pun setuju.
Nop tak tanya pun. kang dia jawab ntah apa-apa. takpun dia akan jawab apa yang abang dia jawab.

perbualan di bawah di antara i dengan im, pada satu malam. dia tengah layan tgk tv, i tgh buat something kat iron board tapi bukan menggosok baju.

"im, kalau kita ambik bibik ok tak?"
"ok"
"kenapa?"
"nanti balik school im terus balik rumah. terus buat homework, tak buat malam-malam". 

ceh, pandai la tu nak ambik hati. yerlah, baru lepas kena marah sbb tak buat homework siang hari kat taska masa hari rabu tu (weekdays, homework cuma hari rabu aje). 

ye, kalau ambik, the main reason is for the kids. tak payah tunggu lama-lama kat taska. pastu boleh la tolong buat kerja rumah :)

oraitt.....jom sambung congak-congak lag.....

Friday, June 18, 2010

Toy Story 3




okeh, ni adalah kali ke4 utk abang budak tgk wayang dan kali ke3 adik dia tgk wayang.
1st cerita tak ingat, 2nd movie was transformer, 3rd movie was ..err....alamak lupa pulak tajuk. alah yang ada anak poseidon tu. hhmm.....abaikan lah tak ingat. nak perah keringat kasik ingat pun takde pekdah.

mlm esok plan nak tgk toy story 3. dah booked online sesiap. e-payment ticketing. senang. kat gsc. boleh pilih seat mana pulak tu. boleh bayar either guna maybank2u or kad kredit. ikut suka la yek nak pilih mana.

dulu-dulu guna tepon nak booking, pastu kena gi cecepat at least 40 mins earlier to pick the ticket. yg ni senang, seats confirmed. jangan tak datang sudah, kira burn hando gitu aje $$$.

tau tak budak bawah 3 tahun tak perlu tiket nak masuk panggung? it's stated there in the general T&C. tapi utk adik budak, SBF kata beli la tiket utk dia. huh. based on experience tgk wayang 3 kali bawak dia, dedua kali dia panjat SBF dok kat pangku. hishh...rugi tauuu $$$. tapi mungkin kali ni dia akan reti nak duduk kat seat sendiri.

looking forward to bring them :)

Thursday, June 17, 2010

Cherating lagi



ni kali ke-2 pergi Cherating. 

sebenarnya trip ni sangat sekejap, pergi sabtu ahad dah balik. pergi pun sbb MIL ajak pergi sebab dia nak pergi kenduri saudara dia hari sabtu. kenduri kat terengganu tapi SBF cari tempat menginap kat Cherating.

mmg tak plan nak pergi sbb sabtu malam kena standby kat opis. tapi....ada tapi nya...kasi dramatik sikit. hehe
mek melalui adik ipar yg bongsu telah bertanyakan 
"kak, mek tanya jadik tak pergi terengganu?"...owh....masa tu kat opis. 
"akak keje la dik mlm sabtu tu. tapi jap, akak cari kalau ada opismet nak swap" oh rasa macam baik hati sangat masa tu. 
mmg rezeki la orang kata tu kan, opismet sanggup swap. i standby malam isnin instead. tu yg ada entry onsite.

sampai cherating (palm resort) around 12pm+. dpt check-in awal, rehat-rehatkan badan sekejap, mandi legakan badan sikit, terus gerak gi .. ermm...kat celah mana terengganu tu lupa lah. maaf lah. i mmg selalu tak ingat nama tempat. padahal dah tanya SBF banyak kali. atas jerteh, atas paka. hehe. maaf!

sampai kat rumah kenduri tu dah pukul 4pm+. just nice sbb orang dah tak ramai. tambahan cuaca mmg panas ya amat! sampai-sampai terus makan! uih! sedap betul makan gulai kawah tu! ambik tetel sikit-sikit....mmg best la. siap bertambah dengan muka tak malu. konon buat alasan sbb suap kan abang budak sekali. haha.

2 jam kat sana gerak balik. ingat nak carik keropok-keropok kat teluk mak nik, tapi tak jadi sbb hari dah beransur gelap. terlelap kejap dalam kereta. haih. sian SBF drive sensorang. sampai-sampai terjaga kat area kemaman, kedai kopi hai peng. tapi bukan nak pergi situ pun. i nak makan salted egg yolk crab since jaman bila tak dapat-dapat lagi. macam orang mengidam pun ada. takpe, nanti carik lagi! 

esok hari, abang budak bangun paling awal. mandi sendiri tak payah suruh. papa kata tak payah mandi lagi sbb sejuk pun dia tibai mandi. lepas tu tersalah pakai seluar.
"mama, kenapa seluar ni sempit?" i tengok laa..dia pakai seluar adik dia. nak buat cemana, dulu tu seluar dia. si adik banyak mewarisi baju-baju seluar-seluar si abang. hehe. tunggu la adik budak dah tau beza, mungkin dia dah tak nak pakai second-hand punya pakaian. haihh....

pukul 10 dah checked-out terus pergi kedai kopi hai peng. abang budak bedal mee & bihun. dah siap makan boleh lagi tanya
"ma, nak karipap tak?" eleh, macam la mama tak tau dia sebenarnya yang nak makan
"tak, mama dah kenyang". belasah roti bakar 1 set & nasi dagang! tapi nasi dagang dia tak sesedap yang mek buat. :D

singgah pergi teluk mak nik, beli keropok-keropok. mek beria-ia nak beli satar. sbb adik ipar pesan. hehe

kat bawah banyak la selingan gambar-gambar...... :)


Related Posts with Thumbnails