kami ber empat, layan wayang petang tadi. cerita ngangkung. i nak tengok sebab palakon tu ada shaheizy sam. tengok adnan sempit dulu dia berlakon bagus, expectation the same la kan, kalau tak higher.
kalau kitaorang tengok movie, cerita mana nak tengok ikut 'sedap tekak' i. hehe. tak lah, tak lah seratus peratus. consider sikit-sikit budak berdua tu akan enjoy ke tak. =P. yela, i yang tukang book, kalau tanya SBF banyak-banyak, kang dia pening. hahaha. oooppsss...ampun bang.
selalunya layan kat one utama, tapi harini saja layan kat mid valley. lagi sekali, we under estimated ourselves. bersusun paku juga la kereta-kereta nak masuk ke mv tu. semua tanda parking penuh, FULL!
"kita masuk zone A la ye?"
"sukati"
"sukati?"
"a ah"
jarang masuk zoneA, selalunya parking kat garden atau premium atau kat cititel (mencekik darah harga kat sini sebab guna jockey, tapi kalau malas nak cari parking, boleh la parking kat sini sekali sekala). untung nasib badan, pusing 3 kali dah dapat parking. P1 21A, color code pink. hehe ingat jangan tak ingat. tadi masa nak keluar, ada seorang uncle berjalan-jalan sambil cakap-cakap kat handphone, i suspect dia lupa parking mana.
eh, melalut panjang, nak cerita pasal ngangkung. my versi. tak payah la i nak bagi sinopsis, sila google, berlambak! i cuma nak review lakonan aja. itupun 3 orang yang memberi impak dalam kepala i. haha macam bagus.
ok, serius.
personally, lakonan azad lebih menyerlah berbanding shaheizy sam. somehow, cerita ngangkung, dia seolah-olah terlalu berusaha melakonkan watak azim. lakonan suri pun not bad. mimik muka dia terperanjat bila azim tampar muka anak (wahida) adalah sangat berkesan. babak-babak lain, terperanjat sebab 'bobok' muncul memang ada. i mungkin ada terjerit sekali. tapi tenggelam sebab orang lain pun jerit sama. hehe. overall, komedi seram ni best, i bagi 8/10.
*sila jangan muntah sebab i review ikut 'sedap tekak' sendiri*
2 comments:
he..he...betullah u yang kita nampak ptg tadi ek..
tengok cerita ngangkung jugak ke? hehe
nape tak say hi...... =(
Post a Comment