secara rasminya....bye-bye wju1666. bye-bye wgu8390 oct tahun lepas.
jgn nakal-nakal......semoga berjumpa tuan yang setara atau lebih baik :)
Showing posts with label SBF. Show all posts
Showing posts with label SBF. Show all posts
Friday, March 2, 2012
Thursday, June 23, 2011
he's being so helpful....
another 1 day before we can jimba-jimba sikit ye :D hehe
+++++++++++++++++++
malam kelmarin, i slept late. around 3+ in the wee hour. sambung buat kerja kat rumah, which it's rarely done. that means, i had to do it. had to. kalau tak, jangan harap. the best thing still, bangun pagi macam biasa. lagi awal sebab SBF ada meeting so he needed to reach office even earlier.
anyway, how the day passed by semalam for me, alhamdulillah still ok.
last nite. ni la cerita sebenarnya. tapi paragraph atas kena bagitau, kalau tak macam tergantung pula cerita i ni karang. hihi
lepas makan malam and melalui the same routine, i memang dah tak larat. nak mandi pun dah tak larat. i ended-up tidur awal (awal pun passed 10+). dengan tak mandi! haih! budak-budak pun tak masuk tidur lagi masa ni. dengan harapan SBF akan tolong take over. hehe
mamai-mamai dengar nop masuk bilik, cakap dia nak yak-yak. mamai-mamai nampak macam SBF pun baring sama. lepas tu i tak sedar apa dah. to think again, i rasa terlelap macam tak sampai 5 minit....... then macam tersedar dengar pintu di tutup...
this morning, SBF cakap, dia memang terlelap sama. we found out, it's im yang tolong pakaikan adik dia pampers. im yang ajak adik dia tidur, ni yang i dengar bunyi pintu ditutup....
i am touched u know. anak bujang i boleh diharap. *jap, tahan sebak kat dada*.
kenapa i am touched, sebab the norm for the nite, budak-budak tu akan ajak one of us teman baring-baring dulu kat bilik depa, nop mostly akan ada aksi nangis-nangis manja dulu, tak pun masuk bilik tapi main loncat-loncat dengan lampu terang benderang switch on.
terima kasih im for helping us. thanks nop for not putting up any acts. i love you both so dearly.....
Sunday, June 19, 2011
Father's day
happy father's day to Abah. as well to SBF, father of my kids :D
Labels:
abah,
father's day,
SBF
Wednesday, May 25, 2011
Sunday, February 20, 2011
kalau SBF yang pantau
tengok la tu.....sangat happy budak ni walaupun muka comot.
SBF cuti haritu. dia minta i w@h aje. budak-budak dia boleh jaga. :D
budak-budak minta main watercolor. kalau dah namanya budak-budak, comot satu rumah adalah the expectation, plus comot satu badan.
it's fine comot, tapi kena kemas la. tapi, bila SBF yang pantau keadaan, dah main sampai lebam, tak adanya dan-dan tu kemas. SBF biarkan aja muka budak syomell ni comot cenggitu. kertas suratkhabar buat alas mewarna pun bersepah sana sini kat lantai. budak-budak dengan bapa budak dah lepas main kat luar pula.
Tuesday, February 8, 2011
kuew tiau goreng
breakfast pagi tu (sah tak ingat bila exactly, tapi time raya cina), i buat kuew tiau goreng. campak apa yang ada; ada udang kering dan udang basah. udang kering tu sebab SBF suka perencah cenggitu.
i masak sepeket sahaja. bajet boleh habis masa breakfast tu. sungguh tak sangka, berbaki sampai tengahari. iskh iskh.... im ratah drummet goreng, nop pula makan sesudu dua sahaja; silap sebab dah bagi dia minum susu pagi tu. ada la sepinggan berbaki, SBF simpan dalam fridge. tak elok membazir :P
petang tu, SBF panaskan balik kuew tiau. i kata kalau nak cepat, guna microwave. dia tak nak, dia nak panaskan cara semulajadi. haha. panaskan kuali la tu. time tu, tengah rajin gamaknya. i relax la, tunggu dia share makanan sepinggan dengan i. :D
i rasa sesudu "sedap. abang tambah telur? letak kicap ekk?"i rasa dia bangga tu i puji dia re-invent jadi sedap. hahaaha. thanks honey....
Wednesday, December 29, 2010
real pet
dalam entry-entry sebelum ni, i ada mentioned pasal budak berdua tu alergi pada habuk-habuk. di sebabkan perkara ni, kami memang tak ada pets, melainkan ikan. depa suka juga main-main dengan kucing. adik ipar memang penggemar kucing! kat rumah mek tu ada la kucing.... haritu mek nampak kucing terbiar depan rumah. angkut bawa balik. bagi makan. dah jadi penghuni tetap. hehe. tapi tahap suka kat kucing mek tak sekronik adik ipar. =P
sebelum kami masuk rumah ni, SBF nak buat kolam yang luas sikit compared to what we have now. tapi sebab i sayangkan kawasan tanah, we agree to have just-nice size. =)
ikan-ikan, segala jenis pokok dalam kolam ni, SBF yang pilih. kitaorang tolong tabur makanan je. im dan nop memang rajin nak tabur makanan. nop sangat murah hati, kemain banyak kalau dia yang bagi makanan ikan tu. time dia bagi, i kena pantau. SBF pesan, jangan bagi banyak sangat, nanti ikan tu gemuk dan cepat sangat besar. ntah i tak tahu kebenarannya.
cuma ada ikan koi dan arowana aja. ada seekor ikan koi tu nampak macam bunting. warna pun dah bertukar putih. dah dekat 2 tahun dah macam tu. memula ingat bunting dan sakit. tapi dah lama sangat, tak ada apa-apa la kot. just that koi. yang lain warna tak berubah. tak tau la kot salah bagi makanan ikan ke alergi ke....arowana tu pun seekor aja. abah kata kalau warna keemasan, orang berebut nak beli. dah besar cecah harga ribu-ribu ringgit. kitaorang punya warna grey.
"kalau arowana kita warna emas, letak kat kolam luar tu, orang curi la"
pagi-pagi, lepak kat berandah sambil tengok ikan-ikan ni boleh feeling juga. nampak macam dah jinak sikit. kita lalu tak ada la asyik nak menyorok bawah pokok teratai / pokok yang cam dalam gambar atas tu. tapi sekarang ni macam tak nak makan sangat. SBF dah risau.
"kolam kita dah banyak lumut kot. tu yang ada makanan asli taknak makanan ikan biasa"
tak sabar nak tunggu weekend.....dengan sangat besar harapan tak ada issues dan tak kena call oleh primary support....=D. doa-doakan la ye.....
Monday, December 6, 2010
tak malu
biasanya, bila i pegang tangan SBF dalam kereta, budak-budak takda komen apa. tapi pagi tadi lain pula komen
nop kata "eee tak maluuu"
im jawab "takpe la, boleh"
i tanya 'kenapa boleh im?"
pandai im jawab "sebab mama dengan papa dah kahwin"
XD
Friday, November 12, 2010
kesian dia
this week, indeed a busy week for both me and SBF. and that means what? means we constantly fetching the kiddos lambat =(. we'll make it up during this weekend (which means esok =)). yippie!
which also explains kenapa i jarang update blog semenjak dua menjak ni. nak update pun time dah malam tunggu SBF ambil kat office, time dah takda mood nak buat kerja, just wanna go home. or time lunch, menyempatkan diri ingat apa yek cerita yang boleh share kat blog.
malam semalam, it was grizzling malu-malu. budak-budak aunty ida depa dah tolong ambil. lepak rumah nenek, makan sedap-sedap. nenek suap yek? hihi. kami of course, macam biasa, makan malam sekali la. tu pun dah lewat juga. mana la badan tak menten 'ini' macam.....=P
SBF kalau makan kat rumah mek, memang macam tak makan seminggu. haha. jangan marah you, i gigit nanti! anyway, this doesnt bother me at all. SBF tak pernah compare kesedapan masakan kami. to him, masakan kami sedap. =) pandaiiii laki aku ni! he appreciates both =). lagipun, mak mesti seronok anak makan masakan dia.
cerita sebenarnya....yang nak diceritakan
++++++++++++++++++++++++++++
sampai rumah, hujan masih rintik-rintik. so, i pakaikan nop (hihi, teruk yek i?) tudung i, nak cover kepala jangan kena hujan. lepas tu cover badan dia dengan cardigan i. mak kena tak apa jangan anak kena. =) kita ni dah tua-tua, resistance tu kuat sikit, i'Allah.
comel tak nop pakai totong? hehe
bila dah buka tudung and cardigan, i pesan nop orang lelaki tak boleh pakai tudung tau. =)
Labels:
makan-makan,
me,
nop,
planning,
SBF
Thursday, November 4, 2010
mama tak percaya im?
hari rabu adalah hari tak berapa nak berjimba jimba bagi im. sebab dia ada homework. and sekarang, kebiasaannya dia akan buat homework siap-siap kat taska. kat rumah i or SBF akan check. hehe
malam tadi, sementara tunggu budak berdua sarung kasut, sempat i check buku im, homework tak siap langsung! i senyap lagi.
masuk dalam kereta, im dengan happynya declare..
mama, esok cuti no school. raya deepavali.
biar betul budak ni.
deepavali hari Jumaat, esok khamis. mana ada cuti
iye. teacher cakap. mama tak percaya im ke
haih, dan-dan tanya macam tu pula. ni bukan persoalan percaya ke tak, ini persoalan cuti ke tak.
ok, mari ingat kembali. ada tak i baca memo pasal cuti 2 hari ni?............. takde. i tak ingat langsung.
dah berdebat-debat dengan im, dia asyik dok ulang 'mama tak percaya im ke?', i called kak nani, yang handle transport im pergi school.
salam kak. ni mama imran ye. nak tanya, esok smart reader cuti yek?
a ah.
oh. patut la im kata no school. saya mungkin tak perasan memo teacher bagi
malu pun ada. tapi takpe, better be sure daripada menyesal.
a ah la im. cik nani kata esok takde school
im dah kata, mama tak percaya.
ish ish.
sampai kat rumah, 1st thing 1st. i selak nota-nota kat fridge. aloh! mmg ada memo tu, i yang tak ingat. :(
sorry im. i believe you now.
cerita lain tapi bersangkut paut...
+++++++++++++++++++++++
harini bangun pagi diaorang sangat bermalas-malasan. im tak nak mandi. last-last bangun terus tengok tv. and declare nak pergi rumah nenek.
nop macam biasa, buat aksi-aksi nangis merengek sikit. bila SBF kata baby bear tgk tv dengan abang im, terus bingkas bangun! boleh?
Thursday, October 28, 2010
Rehal
lebih kurang 2 minggu lepas, kitaorg decided hantar im pergi kelas mengaji. dah lama decided sebenarnya, tapi, haih, tak payah ceritalah.
sedikit terlewat, tapi tak mengapa. better than nothing (ayat stended nak sedapkan hati sendiri kan).
bila kami utarakan perkara ni pada im, he was excited and anxious at the same time.
macammana kalau kawan-kawan im yg lain (kat kelas tu) dah pandai, tapi im tak pandai lagi
tak apa, Allah suka pada orang nak suka belajar...
tu antara perbualan i dengan im.
alhamdulillah, setiap kali tanya macammana kelas mengaji harini, dia akan cakap best. nada riang tu kita boleh detect. bukan best yang di buat-buat, best yang terpaksa, best yang nak ambik hati. no no. he's genuinely happy attending the class. kelas nya pun satu jam sahaja. plan tahun depan nak enroll dia kelas fardhu ain sekali. :D
2 malam lepas, i layan internet sekejap before dozing off, budak berdua tu minta kertas. macam biasa akan melukis, menulis dan mewarna (memula nak taip mengala, tapi rasa macam janggal la pula. valid ke perkataan tu?).
ma, macammana eja nga?
n-g-a
macammana eja ji?
j-i
lepas tu i dengar la im cakap-cakap a-ba-ta. i ingat dia suka-suka recite apa yang dah belajar.
rupa-rupanya dia main spelling a-ba-ta. teringat masa dia mula-mula belajar abc, 1,2,3. cenggitu la excited dia.
cara kita belajar dulu tak sama dengan budak-budak sekarang belajar. dulu kita mengeja alip, ba, ta, tha. alip di atas a, alip di bawah i, alip di depan u. ingat tak? ingat tak?
sekarang a-ba-ta terus. tak payah nak di patas-pataskan. budak-budak pun senang nak faham. well, budak-budak bawah 5 tahun memang macam span. semua serap.
berbalik pada main eja-eja im tadi, yang mana dia tak ingat dia tanya la i. because of the different techniques, i terkial-kial juga nak menjawab. kena recite dalam hati alip-ba-ta tu. hehe
ni la hasilnya. ada yang tertinggal. dapat spot? :)
oh, memula im tulis dari kiri ke kanan.
im, kalau kita nak tulis jawi, kita kena tulis dari kanan ke kiri tau
im muncung. memang style dia macam tu la. pantang tegur, macam satu kesalahan la.
mama kena la tegur kalau im tersilap, kita kan nak belajar
ok la ok la.
Tuesday, October 5, 2010
logik ikut SBF
ikut firasat i la, ketagihan ni mungkin 90% sebab hormon inbalance. haha. ye ke?
dah dua kali try slow talk dengan SBF. reason dia senang aje...
nak buat apa beg banyak-banyak?
tapi brand tu tak ada lagi...
kan mahal tu. cuba fikir apa benda lain boleh dapat dengan harga macam tu
.........err....
macamana lagu nak buat ni? dulu...dulu la, kalau cakap nak beli beg, dia laju aje kasi green light. memang la pakai duit sendiri (walaupun SBF rajin juga menyumbang bahagian..hehe). tapi kali ni, dia semacam sudah berubah sedikit la.....
hmm...
Tuesday, September 7, 2010
bouquet of roses for me! ...
i worked from home during the day for 1/2 day. malam nak bersengkang mata kat opis pula. onsite support.
nak tak nak, lelapkan mata around 2 hours petang tadi, pukul 6 bangun. tak elok tau tidur petang lepas asar. jangan amalkan 40 hari, mereng nanti. lagipun, jin suka orang yang tidur lepas asar ni. haritu la, dengar kuliah kat radio. ntah radio mana tak ingat, ikim kot...
pukul 16:44 ada sms masuk. ni tengok lepas terjaga, time dapat tu rasanya tak sedar, tengah ZZZzzzz....
"dah masak ke?"
semalam SBF dah cakap, dia teringin nak makan sardin time berbuka. oraiitt..sonang! :D
biasanya ramadhan ni, SBF keluar opis around 6:30-7pm. 1st day je balik awal, tapi ya rabbi! punya la jam bersesak dengan orang lain yang balik awal juga. taubat. lepas tu balik macam biasa.
tengok jam 7:01, mana la SBF ni. sempat menyusun dan menyangkut baju-baju. dah 7:21. tak sampai lagi pakcik tu. sudahnya, i buka puasa sendiri dulu. budak-budak aunty depa dah ambil awal-awal park kat rumah nenek. nanti i nak pergi kerja senang. tengah berbuka ni, macam-macam dok terlintas dalam kepala. yang buruk-buruk dulu singgah. cepat taici, istighfar.
"accident ke?"
"keluar lambat ke?"
"takkan la pergi survey blackberry dengan pojie?"
tak terlintas nak call pun masa tu. mungkin ada tapi tak lekat lama idea tu. macam singgah ala gitu-gitu aje. tuhla, dah occupied sangat fikir yang bukan-bukan sambil makan.
akhirnya! orang yang di nanti sampai, alhamdulillah. lambat la sikit. sebab tak pakai spek tak pakai lens, tak berapa jelas apa yang dia pegang. nampak hijau-hijau aje.
"takkan la beli wood ke, barang golf lagi dia ni?"
sarung spek yang dok kat tepi pinggan, baru la nampak! SBF beli bunga, red roses! surprised. and happy. and terharu.
thanks honey. rupa-rupanya, lambat sebab beli bunga....
Labels:
anniversary,
love,
me,
SBF
Monday, September 6, 2010
anniversary.....
it's been 2557 days. but it seems like only yesterday.
may Allah bless us, bless the family.
amin.
may Allah bless us, bless the family.
amin.
Labels:
anniversary,
me,
SBF
Saturday, August 21, 2010
breakfasting berdua-duaan @ flying chillies
puasa ke-2, kami berbuka puasa kat Flying Chillies. kat Gardens. that was my second time. 1st time masa balik dari team building tu. sementara tunggu SBF, sempat la lunch kat situ.
tempat tu cozy, and tak crowded. we don't really like crowded place. that's why bukit bintang is an alien place to us. hehe. well, takpe la. kami pergi tempat lain yang less crowded.
ok, back to flying chillies and the food....
kerabu mangga dengan ikan keli! ni rasa memang awesome! pedas memang pedas, tapi bersulam masam manis. memang sedap. ikan keli tu, i don't know how which is so obvious :P, buat macam jaring lepas tu lipat berlapis. ala, macam roti jala tu. kat menu tulis cat-fish, kalau bukan di buat daripada ikan keli, i tak tau la. i tak tanya pun...ngap aje. hehe
dah masuk kedai yang serve thai food, adalah tak aci kalau tak order tomyam! tomyam ni pun awesome! sedappppp.... masam...cukup rasa! what else...rasa tomyam la. plus sedapppp sangat. this round we picked-up seafood tomyam - prawn. sepatut nya pilih udang galah, lagi kaw-kaw rasa! tak mengapa, bak kata SBF, kalau kita suka pada sesuatu, reserve something to come back to it. hehe. ok, sebenarnya dia cakap ni when we were at pangkor [kalau nak, tgk sini pangkor day1, and sini pangkor day2] jgn habiskan semua aktiviti so that we have pretty good reason to come back again. boleh ke macam tu?
and, menu ke-3, we picked stewed beef bla bla. lupa lah nama penuh menu. the best part, daging sangat tender. orang takda gigi pun mesti boleh makan. less effort required to kunyah.:)
actually ada promotion sempena ramadhan, harga berpatutan. but take note that the restaurant doesn't take reservation during fasting month. either you have to walk-in or pre-order with full payment. but being on 2nd day fasting on that day, i suppose tak ramai orang nak eating out yet kot, so it was not a problem for us to get a seat :)
selamat berbuka!
Friday, August 20, 2010
man at work
SBF tala air berhalaju tinggi tu kat longkang. as expected, tanggal la kulat-kulat longkang. bagus bagus. lepas tu, nak tunjuk lagi hebat, tu yang tala kat basikal. tala kat roda, memang laju putaran roda tu. macam nak terlepas daripada tayar holder tu.
sebenarnya nak bersihkan dinding. dinding pagar tu dah ada yang berkulat. kalau nak cat baru, kena la bersihkan dulu. ye tak? eh, adakah ini kerana semangat nak raya? haha. d
pressure washer. macam best je, tapi tak pegang dan try lagi pun. esok-esok kalau rajin boleh la cuba. :D
Sunday, June 6, 2010
ais-krim goreng
sedap! rangup-rangup lepas tu tiba-tiba ada rasa sedap ais-krim!
++++++++
semalam, teringatkan resepi ais-krim goreng yg dapat daripada kawan-kawan (ada 2 orang hantar) kat email. sementalahan ada roti sebenarnya suruh SBF beli roti. berpesan-pesan! dan ada ais-krim sedap. budak-budak masih bersisa batuk, so lambat la habis ais-krim. i yg batuk ni takpe redah makan. dah dewasa la kononnya. hehe.
ingatkan pagi tadi nak goreng, tapi terlupa. dah mlm tunggu SBF basuh motor, budak-budak pun dah tidur baru la teringat nak goreng.
apa lah sangat nak menggoreng roti (walau pun dlm tu ada ais-krim hehe). tunggu minyak panas celup kejap aje. tunggu lama nanti hangus :P
haihhh...buat 3 ketul aje. tak cukup! comel-comel rangup-rangup yang rasa macam cepattt aje rangup tu habis. budak-budak dah sihat sepenuhnya, i'Allah nak buat lagi. buat minum petang pula. owh! SBF pesan beli ais-krim kurang manis pulak nanti. baik tuan! :D
Labels:
makan-makan,
me,
SBF
Saturday, May 1, 2010
campur aduk nye entry...
ape plan esok? i takde plan. takde plan, maksudnya dok umah aje. eh chop! pagi plan nak gi pasar tani pagi dekat tapak pasar malam lama tu. SBF nak makan ketam. beli ketam la kot.
pastu teringat....mungkin kena keluar membeli belah siiikkkiiittt aje. kalo beli barang dapur tu tak kira la yek. bukan membeli utk diri sendiri pun....utk someone. tapi tak bincang dgn SBF lagi ni.....takde aral kot pakcik tu.
ok cerita lain pulak....
sorang cikgu, cikgu zai kita panggil dia...one of the teachers kat taska abang budak, semalam last day dia keje kat taska. dia dah nak kawen. mendirikan masjid. alhamdulillah. all the best zai. sori kita tak jumpa tadi. i'Allah kalau takde aral, sampai la kamiii mkn nasik minyak kenduri kawen kat manjung tu.
hhmm...ada cerita apa lagi....? time-time takde mood tapi nak buat entry ni.....
ok la cerita last entry ni....
selasa lepas ambik leave. cuti tgh-tgh minggu keje. SBF pun sama. menyetelkan borang masuk sekolah abang budak. dia sekolah darjah 1 lagi 2 tahun, tapi orang kat pejabat sekolah tu kata takpe, mmg dah boleh mohon isik borang online sesiap. ok lah. dah setel senang.
lepas setel tu, gi damansara jaya pulak. pas form ntah ape nama. ni penting gak ni. utk masa depan. :D
moga-moga mudah urusan, sepanjanggggg masa berurusan lah. panjang tempoh ni.
lepas dah setel form ni, baru la dapat poya-poya sikit dgn en suami. dia punya idea; main bowling pastu tgk wayang. huuiihh...isteri yang taat, ikot aje! hahahahaa
tgk cite shutter island. jalan cerita saspen, kalo genggam tangan tu, rasa macam tak nak lepas. punya la saspen. saspen-saspen pun, ending dia lebih kurang macam tgk 'beautiful mind', 'sixth sense' la. tapi sbb leornado berlakon best, dgn mimik muka mmg tak boleh blah, pastu dengan muzik mmg kenaaa aje dgn jalan cerita.....mmg best layan. jalan cerita basi pun takpe. hahaha
jgn stop lagi..ada sambungan lagi ni.....
lepas layan shutter island, sempat laggiiii layan bowling! kemaruk bowling SBF ni. malas tak malas, 3 frames jugak la main. dia dgn bola hook dia tapi score tak hoookk pun...hahahaha. tapi jangan putus asa bang, prektis prektis lagi biar score tu canteeekkkkk sikit. i bola biasa aje. aci tak peluh kat muka aje. kat ketiak berpeluh ke tak yek...mungkin ada sikit aje la. tu tandanya semangat main! :P
alamak....tak reti nak end kasik best ... end camni aje la.....ok dah. tamat :D
Wednesday, April 14, 2010
surprise for me!
bila ? 7 April 2010, kira aci dalam pukul 9lebih. malam.
i tengah dok bancuh susu utk budak-budak. malam before tido, dedua masih amalkan minum susu. hehe. dedua masih guna botol. abang budak je minum susu guna cawan kat taska. i tak kisah, sampai masa abang budak akan berhenti minum susu guna botol sepenuhnya, i'Allah.
bukan cerita botol susu. bukan cerita susu pun. sambung cerita asal yek...
tengah dok buat susu, tiba-tiba abang budak datang.
"ma, nah" sambil unjur kertas bergulung.
"apa ni?" i heran...ape laaa budak ni bagi
"ma tengok la". budak tu sengih-sengih, terus naik atas. jangan tertipu, dia tunggu kat tangga. nak tengok reaksi mak dia la tu...
i memang terharuuu sangat! surprise sangat!
bila i bukak gulungan kertas tu, apa yg buat i rasa syahdu syahdan kejap .. sbb dia tulis
"i love you papa"
"mama i love u"
"i love u naufal"
siap ada lukis love love tu. hehehe
berair kejap mata time tu. konon nak share syahdu kat SBF. rupa-rupanya dia dah tau dulu. cisshh....
thanks im. mama happy sangat :)
Sunday, April 11, 2010
mama pulak...?
oh, ni masih entry berkaitan langsir......
++++
balik rumah semalam dekat-dekat pukul 6 jugak la. sakan mak-mak pergi mencari langsir sambil berpoya-poya sikit. pak-pak baik hati nak jaga anak-anak :) hhehehe
sampai depan pagar....tepon SBF
"bang, tolong angkat...berat ni"
SBF keluar dengan muka penat....muka bangun tidur...macam muka tak puashati....
"abang buat apa harini?"
"tanya la im..." muka masih macam pura-pura tak puashati.....
"im, harini buat apa?"
"kitaorg main bowling, besttttt....mama pulak buat apa?"
SBF sengih-sengih keluarkan trademark kerang dia tu....
++++
chaaaiitttt......purak-purak tak puashatiii yek. :P
Subscribe to:
Posts (Atom)









