hari rabu adalah hari tak berapa nak berjimba jimba bagi im. sebab dia ada homework. and sekarang, kebiasaannya dia akan buat homework siap-siap kat taska. kat rumah i or SBF akan check. hehe
malam tadi, sementara tunggu budak berdua sarung kasut, sempat i check buku im, homework tak siap langsung! i senyap lagi.
masuk dalam kereta, im dengan happynya declare..
mama, esok cuti no school. raya deepavali.
biar betul budak ni.
deepavali hari Jumaat, esok khamis. mana ada cuti
iye. teacher cakap. mama tak percaya im ke
haih, dan-dan tanya macam tu pula. ni bukan persoalan percaya ke tak, ini persoalan cuti ke tak.
ok, mari ingat kembali. ada tak i baca memo pasal cuti 2 hari ni?............. takde. i tak ingat langsung.
dah berdebat-debat dengan im, dia asyik dok ulang 'mama tak percaya im ke?', i called kak nani, yang handle transport im pergi school.
salam kak. ni mama imran ye. nak tanya, esok smart reader cuti yek?
a ah.
oh. patut la im kata no school. saya mungkin tak perasan memo teacher bagi
malu pun ada. tapi takpe, better be sure daripada menyesal.
a ah la im. cik nani kata esok takde school
im dah kata, mama tak percaya.
ish ish.
sampai kat rumah, 1st thing 1st. i selak nota-nota kat fridge. aloh! mmg ada memo tu, i yang tak ingat. :(
sorry im. i believe you now.
cerita lain tapi bersangkut paut...
+++++++++++++++++++++++
harini bangun pagi diaorang sangat bermalas-malasan. im tak nak mandi. last-last bangun terus tengok tv. and declare nak pergi rumah nenek.
nop macam biasa, buat aksi-aksi nangis merengek sikit. bila SBF kata baby bear tgk tv dengan abang im, terus bingkas bangun! boleh?
No comments:
Post a Comment