waduh waduh! mmg tergoda la tgk gambar kek ni kat blog kak Azlita@masammanis and CMG @ dapur tanpa sempadan tu! tu baru tengok gambar, dah tergoda. so bila dah tergoda, apelagi, nak mencuba :D
inilah hasilnya. corak batik tak secantik depa punya, tapi moist dan sedap tu dah ada. haha. sendiri puji.
i ikut resepi kat blog masam manis, bila ada kelapangan, sila la buat :D
Sunday, March 4, 2012
Saturday, March 3, 2012
kena ganti...ingat free ke?
tahun ni dah sedar diri anak dah sekolah kan. takda la sukahati sendiri plan jenjalan ikut cuti sendiri. errr macam tahun lepas lupa diri im sekolah (tadika) dan amekaww cuti seminggu. hihi.
dan cerita atas takda kena mengena dengan cerita kat bawah ni.
cuti raya cina yg sudah, budak-budak dapat 3 hari extra cuti menggenapkan seminggu cuti. 1 hari cuti peristiwa (tak paham sebenarnya kenapa guna istilah cuti peristiwa.....dan belum mencari makna tersirat lagi), dan 2 hari cuti berganti. so esok last day sekolah ganti. dan ada 1st meeting PIBG for 2012. huhu! tapi i tak pergi rasanya, SBF dengan nop kot yg pergi. SBF agak reluctant nak bawak nop, tapi sapa nak jaga itu budak? sbb i ada haaalll sikit! SBF kata "takpa pergilahhhh....abg bawak nop" huhu......
jgn lah tanya apa kah haall itu.....maluuu iiiiii......belakang tabir boleh la sokseksoksek...sini malu ah nak bilang. *gatai*
hihi....
update: silap tgk tarikh daaaa.. esok! mesyuarat PIBG tu...cishh......
Labels:
pot-pet
Friday, March 2, 2012
bye bye ...
secara rasminya....bye-bye wju1666. bye-bye wgu8390 oct tahun lepas.
jgn nakal-nakal......semoga berjumpa tuan yang setara atau lebih baik :)
jgn nakal-nakal......semoga berjumpa tuan yang setara atau lebih baik :)
Sunday, December 25, 2011
2nd Installment of Sherlock Holmes movie : A game of shadows
layan movie lagi! :D
kali ni, angkut mak abah, adik, budak berdua, of course SBF and me la. layan midnite. dah lama tak buang tebiat. hahahaha...
sepatutnya tayangan bermula pukul 12:30am, tapi i am not sure why, we were given the green light to enter the cinema house around 1am. dan cerita ni mengambil masa 2jam, just imagine la pukul berapa kami sampai rumah. then, punyalah ramai umat yang tengok midnite....hishhh... next time dont want la. :P tengok masa-masa santai aje....
time nak bayar parking, punya la panjang beratur. try tingkat atas, takda pulak autopay. pusing balik tingkat yang sama utk bayar parking fee. ok, we are not familiar with 1U, pergi situ most of the times just to watch movie. hihi.
most of us enjoyed the movie so much! setanding dengan yg 1st installment if not better! the guy is funny! and surprisingly, dia ada brother. ikut 'tekak' i and SBF, mmg best. hihi. oh, im pun seronok jugak. action sikit-sikit, suka la dia. nop pulak, dalam kereta dan sepanjang masa tayangan, tidur! adik, last-last dah nak habis, tertidur jugak. mak pun boleh layan, abah...errrmm... boleh la. i think so. :)
nak layan trailer, check link kat youtube ni. have fun :D
Labels:
movie,
outing,
sherlock holmes
Saturday, December 24, 2011
cerita nak bukak sekolah
entry dulu, i consider 10% je persiapan sekolah budak-budak yang completed.
alhamdulillah, minggu ni, semua dah settle. ok, 99%. hehe. 1% tu celah mana tak siap?
awal this week, SBF and me dah redah pergi sek keb, surat tak dapat, sms tak dapat. redah je la. pergi pejabat, kerani kata by stages akan send sms. what's wrong? sampai harini takda pun sms. anyway, buku tulis, buku latihan dah beli. ada few stok dah habis, kena tunggu sek bukak baru dapat ambik. buku-buku pilihan semua tu tak beli. seragam sekolah dah kira complete. cuma nak tampal lencana dan jahit sikit kaki seluar sekolah.
masa beratur nak beli buku tu, i jumpa 2 orang kenalan yang dah lama tak jumpa! seorang tu senior masa sek menengah! last jumpa masa form 3 or form 4 la. she's a teacher now, tapi kat sekolah lain. macammana la i tak perasan dia (masa kat asrama dulu, dia memang ayu dan sopan! skrg pun masih sama), sib baik dia tegur i. i supposed, muka i masa umur sek men sampai sekarang takda beza! i memang cam dan ingat nama dia. :P orang cantik mesti ingat. hehehehe. so, tanya la tips-tips apa yang tak perlu di beli :) yang seorang lagi, close to 6 or 7 years kot tak jumpa. pot pet pot pet, catch-up sikit-sikit. rumah dia pun nearby aje. 20 min drive kot.
hihi. sempat selingan yek. panjang pulak tu. :P
ok, back to persiapan im. SBF pun dah settle yuran permulaan TAFA (Tahfiz, Al-Quran, Fardhu 'Ain, Bahasa Arab). the remaining will be in Jan, this is the 1% tak siap tu. :P TAFA ada dua sesi, pagi 8:30-11am, petang 2:00-5:00pm. so boleh pilih sesi yang tak clash dengan sek kebangsaan.
nop punya pun dah settle (pihak i), pihak tadika owes nop bag, kasut and seragam sekolah. masa im tried seragam sekolah, nop excited jugak nak mencuba. hehe.
i pun dah settle applied cuti, mak pun nak pergi sekolah jugak!
kalau uols ada pengalaman masa 1st day hantar anak pergi sekolah, share la ye. :)
tinggal berapa hari je lagi yek kita dah nak masuk tahun baru.....hmm....
o
Subscribe to:
Posts (Atom)
