Pages

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Monday, December 3, 2012

KidZania's experience for kiddos...


Kami sepakat nak bawa Im dan Nop ke Kidzania semasa cuti sekolah. During weekdays. Weekend mesti lagi ramai mak pak plan nak bawa anak-anak kan?

Beli tiket di ground floor, dewasa RM35, kanak-kanak RM55. Macam nak check-in naik AirAsia. Selepas beli tiket, terus naik ke tingkat 4. Dari situ guna escalator naik ke tingkat 5. That's the happening floor!

Lepas checked-in, budak-budak dapat mock duit with face value 50 kidzos. Masuk-masuk, it's not so crowded, good for us! :) Then we went to CIMB, for kids to change the money :). Beratur, pergi kaunter, semua kena buat sendiri. Good for them to experience kan :)

Dalam tak ramai tu pun, boleh tahan juga menunggu dalam barisan nak cuba setiap 'bidang kerja'. Setiap bidang kerjaya memang ada mock-up place. 

Mula-mula, budak berdua cuba jadi polis. We just left them in the balai polis. Tunggu kat luar. It's for the kids to 'feel' how / what the work is. They were asked to find something. They seemed happy at the end of the job. Im lagi seronok sebab dapat duit! Kidzos! Each field, lepas try budak-budak akan dapat 'gaji'. Tu yang kat fb i updated status 'im nak kerja lagi..nak kumpul duit'. hehe.

Nop kata dia tak suka bab-bab kena bagi tabik.. tengok la muka dia. Ni photographer yang ambil...

Lepas jadi polis, jadi doktor pulak. Ni KPJ yang sponsor. So you'll see mock-up KPJ punya hospital, you will not see others' logo except KPJ. hihi. Ada 3 choices; surgeon, nursery and endoscopy. Since they are not sure / don't know what to choose, mommy chose for them. I chose endoscopy for them. Complete attire nak masuk bilik bedah. :) 
'Peace mama' :) obviously mama snap gambar kan.. hihi dari kejauhan ...

ada tokoh tak? this one pun taken by their photographer 
Selepas jadi doktor, sebelah tu ada kedai buat ice-cream. I was excited. All the tools are there. I can see chocolate la... Just imagine! haha. Tapi sebab kena tunggu for 25 minutes, as there was another batch of kids kat dalam, we decided to look for another work. next visit maybe? haha.

OK, so we found AirAsia. Off to be a pilot pula. Nop sibuk cakap popilot popilot. Penat dok betulkan "bukan popilot Nop, pilot aje". Bila sampai rumah, baru la Im terangkan (bila dia dah teringat), rupa-rupanya ada cerita kartun watak popilot. ish ishh....

Below 1st picture, is the limit for us to snap some pictures. The following 2 pictures were taken by their (KZ) photographer. Adult is not allowed to enter the 'cockpit' :P

If not mistaken, dapat 8 kidzos lepas jadi pilot. hehe. Jadi polis tak sure pula...

ready to fly?

handsome!

abang handsome :)

Nampak pula poslaju! this is another sponsor dalam KidZania. Im and Nop enjoyed this so much! They said this was fun. Sebab ada instruction kena cari barang kat 'merchant / sponsor' lain, then kena bawa balik ke poslaju. They had to find the place to get the barang! and mereka tak sesat! huhu bangga mama tau.

serius mendengar taklimat.
We were told this, fire-fighter among the popular kerjaya at KidZania! :) mungkin sebab ada lori bomba (betul ke nama dia lori bomba? :P), siap ada siren lagi, then ada mock-up hotel yang terbakar, budak-budak kena padamkan api menggunakan air dari pili air yang betul. teruja budak-budak ni....

Tapi yang ni, menunggu memang lama! Im sahaja yang cuba, Nop taknak. sebab dia nak menjadi artis. huhu!
errr ntah berapa Im dapat 'gaji' being a fire-fighter.

seriusnya abang Im!

haha. seriously, look at his pose! macam artis betul la! this got no gaji, instead he had to pay 5 kidzos to play being an artist. :)

wow! look at the setup :)
This took us around 4 hours to complete! plus the waiting time... 1 visit is not enough. huhu. Budak berdua dah minta nak pergi lagi...aduhaiii.....

OK, what happened to the kidzos? there's 1 shop meant for kids only. terpampang kat pintu adult not allowed. betul! tak tipu. so kids masuk dalam, with all the accumulated money (kidzos) they have, pilih mana barang yang depa boleh exchange with. since their combined money tak dapat nak tukar dengan apa-apa, kami bawa balik la duit tu. if..IF.. datang lagi next time, mungkin ada barang they can bring home.

that's a lot of money you know!

lupa nak mentioned, if not mistaken, they are having a promo this school holiday. so called boarding pass from this period, simpan, boleh guna untuk next visit in Feb / March, and get 20% off.

:)

Monday, June 6, 2011

pak pong pak pong nasi minyak


cuti sekolah ni, agenda yang wajib ada adalah makan nasi minyak. ramai pengantin baru :D

sabtu ada jemputan kat melaka. setel. ahad (semalam) ada jemputan kawan internet sejak zaman U lagi, hampeh tak dapat pi sebab SBF kena onsite. kol 7 baru balik nak pergi apa nya. malu betul. yerlah, buat kat dewan, seat kena confirmkan. lain la kalau buat kat kampung, tempat i'Allah 'meriah' and masak gotong royong mesti ada lebih. so orang datang ramai jarang la yang balik ngumpat tak dapat makan. haha. yang exceptional tu tak count la ye. tapi nak buat cemana, i dah confirm sebulan we all pi sebelum tarikh majlis lagi, SBF dapat pertukaran tarikh (kena onsite) tu minggu lepas. kita hanya merancang.........

anyway, i pun merajinkan diri masak nasi minyak buat anak beranak makan kat rumah aje. menu ikut blog cik hazila ye. 1st time buat, ada lebih, tapau ke MIL. 2nd time, kurangkan 1 cawan. just nice anak beranak makan. im memang puji, hahaha :P. cubalah. sangat senang ...!

meriah warna...
kari ayam yang tak guna santan sebab lupa nak beli. nak letak susu cair, pun tak ada. tengok-tengok ada cream cheese. jadi la.... hehehe


telur angsa asin. ni ole-ole dari rumah pengantin kat melaka tu :D

hhmmm.... ni penyedap menu utk i. =D i am sooo addicted to cili padi. i blame it to mak!


 oh! i sambung cuti harini....heheehheeh. nama aje cuti, tapi buat kerja rumah takda cutinya haaa. and, nama aje cuti, tapi kena attend call, sib baik less than 1/2 hour.

Saturday, March 5, 2011

rojak buah



hihi.

ok, ni last pasal makan-makan masa pergi ipoh haritu. nyum-nyum? =D


errr....tetiba blank.......


ok bye.....

Sunday, February 27, 2011


sambungan pasal makan-makan kat ipoh...

ni mee rebus ramli. memang sedap! kalau boleh, makan masa hangat-hangat tu. bila dah sejuk, kurennnggg.... ingat ye kawan-kawan pesan penaja

mangga + eskrim, kat tambun lost world


strawberry + eskrim, pun kat tambun lost world

ni kat pau yik mun punya kedai, mee hailam. on the way balik dah...

apple asam boi. memang tak silap kalau order air ni kat mana2 rest so far, hehe

mee goreng, im order. sedap pulak...hehe


kaw-kaw white coffee @ yik mun ni....

this is the famous pau, pau yik mun! lembut! frozen punya pun adaaaa

 hihi! cemana tak tembun ! :P

Monday, February 21, 2011

ipoh ipoh!


weekend lepas, kami anak beranak pergi melawat kawasan. haha. pergi ipoh, to tambun to be exact. alah, tambun lost world tu. padahal sunway lagoon sampai pun idak lagi. :P

panjang cerita ni.....ada kawan-kawan blogger suka divide cerita day1, day2, ada gak terfikir nak buat macam tu...tapi...lahai...malas la pula.....cerita sekaliharung, gambar tempek kemudian. ok?

ni kira macam amaran la ye, cerita panjang berjela..hehe

+++++++++

we spent 3D/2N at regalodge, 14/2 tu sambung cuti. heaven! :D tapi, kat regalodge tu, bilik superior kecil. compared to standard superior room kat hotel lain. tak munasabah la kan kalau kami berempat tiba-tiba membesar sampai bilik jadi kecil. last minute deal tapi still dapat bilik, ok la. and, we went with ara's family..

kat ipoh, banyak tempat makan best-best gak. ni SBF tukang survey.

kami langkah kanan, kawan sepejabat SBF jemput makan kenduri kahwin dia kat tg rambutan. we actually passed by tambun lost world masa nak pergi rumah pengantin tu. hehe, teruja la juga, macam 'eh tak payah pergi tg rambutan la, jom masuk tambun lost world terus'. tapi tak terkeluar pun sepatah ayat, sendiri buat drama dalam kepala. 

sampai kat rumah pengantin, lepas salam dengan emak pengantin macam kenal, hehe. orang dah pelawa 'sila la makan', apa lagi. sila pandai bawa diri cari pot best kat khemah tu. :D. makan sedap. dah tengah hari kan, just nice ngap-ngap. hihi.

tahniah untuk pasangan pengantin. semoga tabah melayari bahtera hidup berumahtangga. moga bahagia selalu :D *amin*

dah siap makan, SBF bagi salam keruk kat bapa pengantin, kami bertolak ke regalodge, just nice masa check-in, orang pun tak ramai. sini tak ada kolam renang, infact, few hotels yang kami survey, memang banyak yang tak ada kolam. kenapa yek?

sampai bilik lepak lepuk, kol 5 keluar, misi mencari pot makan malam. target adalah nasi ayam hainan. kat jalan raja muda aziz. alahai! dekat juga la tempatnya. sebab un-expected dekatnya, hehe, kami terus mencari pot lepak, jumpa taman dr. seenivasagam. better than nothing kan? ada orang jual cendol pula! dengan sisa bahang matahari tgh tadi, memang sedap pulun semangkuk dua ni. dapat cendol pulut pula tu. nyam nyam! 
cendol pulut!

budak-budak pun seronok main kat taman. .... ada tempat sewa basikal.....tapi masa kami nak sewa tu, hujan la pula. melopong la budak-budak. cepat-cepat masuk kereta beredar.....




ermm......lahaii.....malas la pulak nak habiskan cerita kat sini.....hehe.......nanti sambung pasal makan-makan, mandi manda.....

aci! :D

Wednesday, February 2, 2011

Gong Xi Fa Cai!




Gong Xi Fa Cai! and happy holiday to us all :D




Related Posts with Thumbnails