Pages

Thursday, October 28, 2010

Rehal


lebih kurang 2 minggu lepas, kitaorg decided hantar im pergi kelas mengaji. dah lama decided sebenarnya, tapi, haih, tak payah ceritalah. 

sedikit terlewat, tapi tak mengapa. better than nothing (ayat stended nak sedapkan hati sendiri kan). 

bila kami utarakan perkara ni pada im, he was excited and anxious at the same time. 

macammana kalau kawan-kawan im yg lain (kat kelas tu) dah pandai, tapi im tak pandai lagi
tak apa, Allah suka pada orang nak suka belajar...

tu antara perbualan i dengan im. 

alhamdulillah, setiap kali tanya macammana kelas mengaji harini, dia akan cakap best. nada riang tu kita boleh detect. bukan best yang di buat-buat, best yang terpaksa, best yang nak ambik hati. no no. he's genuinely happy attending the class. kelas nya pun satu jam sahaja. plan tahun depan nak enroll dia kelas fardhu ain sekali. :D

2 malam lepas, i layan internet sekejap before dozing off, budak berdua tu minta kertas. macam biasa akan melukis, menulis dan mewarna (memula nak taip mengala, tapi rasa macam janggal la pula. valid ke perkataan tu?). 

ma, macammana eja nga?
n-g-a
macammana eja ji?
j-i

lepas tu i dengar la im cakap-cakap a-ba-ta. i ingat dia suka-suka recite apa yang dah belajar. 
rupa-rupanya dia main spelling a-ba-ta. teringat masa dia mula-mula belajar abc, 1,2,3. cenggitu la excited dia. 

cara kita belajar dulu tak sama dengan budak-budak sekarang belajar. dulu kita mengeja alip, ba, ta, tha. alip di atas a, alip di bawah i, alip di depan u. ingat tak? ingat tak?

sekarang a-ba-ta terus. tak payah nak di patas-pataskan. budak-budak pun senang nak faham. well, budak-budak bawah 5 tahun memang macam span. semua serap. 

berbalik pada main eja-eja im tadi, yang mana dia tak ingat dia tanya la i. because of the different techniques, i terkial-kial juga nak menjawab. kena recite dalam hati alip-ba-ta tu. hehe

ni la hasilnya. ada yang tertinggal. dapat spot? :)

oh, memula im tulis dari kiri ke kanan. 
im, kalau kita nak tulis jawi, kita kena tulis dari kanan ke kiri tau

im muncung. memang style dia macam tu la. pantang tegur, macam satu kesalahan la. 
mama kena la tegur kalau im tersilap, kita kan nak belajar
ok la ok la. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails