Pages

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

towards 3rd week of Ramadan


dah nak penghujung minggu ke 3 puasa! cepat betul masa berlalu sekarang ni. seriously! dulu masa budak-budak, punya la menunggu masa nak berbuka, tunggu depan jam tengok jarum jam berjalan ya Allah lambatnya! haha. kenangan kenangan....

time does fly so fast bila kita sibuk. ada perkara lain nak dibuat. setuju? :)

sekarang ni la musim demam, batuk, selsema. i dah seminggu batuk. budak berdua tu pun sama. SBF steady lagi, moga dia maintain steadiness tu :). kami bertiga tonsil bengkak, suara i macam suara orang lain. ada hari-hari yang suara rock gila, user called pun tak sampai hati nak suruh i bercakap, instead dia suruh kitaorang guna ocs aje. hehe

i noticed, sebab batuk-batuk pun puasa kan, bila tak makan, batuk tu tak ada la worsen, makan ubat time sahur  dan buka (tu pun kadang-kadang terlupa juga), compared to bila batuk masa diluar ramadhan. amazing kan ...

macammana persiapan raya uols? baju raya dah siap? berapa pasang? baju anak-anak? baju suami? kuih tunjuk? opps kuih buat sendiri? langsir tukar? perabot lama masih dipakai? rumah dah bersihkan luar dalam?

haihh...i tak berapa ada mood lagi.....hehehhee. setakat baju raya dah settle la rasanya. kuih pun kuih tunjuk, tapi satu jenis pun tak dapat lagi. tahun lepas ada juga la keinginan nak membuat biskut, tahun ni tak ada. okay tu macam tipu, perasaan tu ada siiiikkitt aje then hilang, tak macam tahun lepas, tebal sikit keinginannya. tapi still tinggal keinginan aje la. tak kemana pun. :P

perhaps, mood akan bertambah baik sedikit miggu depan :)

till then, selamat meneruskan puasa ... 

Tuesday, August 2, 2011

im dan puasa


i am excited to share that im has completed his 1st day fasting, flying colors! hehe. *biasala, mak mesti happy bila anak achieve something good*

since i worked from home yesterday, i masak makanan untuk berbuka. alhamdulillah SBF dapat balik awal and fetched the kids earlier than our normal standard time :) yay. hehe

sampai-sampai aje kat rumah, im kata dia haus sangat. tak tahan. sambil jelir-jelir lidah. haha. itulah, puasa tak puasa petang main kemain lagi tak hengat dunia. dah stop main baru ingat awak tu puasa. 

so, dapat lah dia imbuhan rm2 (instead of rm1 yang i janjikan kalau dapat puasa penuh per day). huhu! he's so excited. harini berazam untuk puasa penuh dan petang kurangkan main. good plan i must say im! dan dia dah plan nak guna half of the earning nak beli ntah apa. half lagi nak simpan. dan dia ada tempat rahsia yang tak rahsia lagi sebab dah share kat mama and papa. haha. yerlah, i cakap kat dia, kena share dengan mama at least, nanti lupa macammana? so, it's our secret. nop taktau. 

p/s: i must say, penat lelah membebel suruh simpan duit jangan habiskan semua, dah melekat dalam his mind :D

Sunday, July 31, 2011

July and me

Dah menjadi jadi pula trend lambat update blog sekarang ni kan. *sigh*
Same old story, kita skip aje la. J

So, July is coming to and end. Ramadhan in August is coming, just near the corner J
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, moga lebih berkat amalan dan hidup kita.
Kalau ada salah silap sepanjang kita ber blog ni, yang unintentionally have offended anyone of you, minta maaf banyak-banyak ya.
So, July…
It’s my birthday month. The 1st wish came from my insurance agent, about a week earlier I got his card. Hehe. Thanks Ryan.

Then SBF. On the Friday before my birthday (on Sunday), when I met him at the train station, I did notice his laptop was a bit bulky. Didn’t strike my mind for anything. Only after we walked for really short distance, I realized he carried my present! Haha! Funny this guy tau. of course, I cannot tahan, insisted to see it when we were in the car, and he didn’t really object; I don’t have to wait for Monday to see my present! Thanks love. :D


the present :D
 And, to all friends who wished me on FB and texted me, thanks so much! But, errr.. since I don’t link up my blog with my FB, they wouldn’t know my thanks. Hehehe. But, every single wish, I replied tq at least J

Sunday, August 29, 2010

macam-macam....

semalam punya aktiviti berbuka, solat jemaah dan solat terawih kat kawasan perumahan berjalan lancar. anggaran 200 orang hadir termasuk kanak-kanak. pinjam khemah dengan majlis perbandaran, macam kenduri kahwin pula. hehe

few of us stayed back untuk bersahur ramai-ramai. rumah kak aina jadi port. masak simple-simple aje. tapi sebab makan beramai, seronok. :) im pun sahur jugak. dah pesan esok puasa, minggu lepas tak puasa sbb kena makan meds. pukul 3:30 pagi baru balik rumah. sakan betul. budak-budak pun sakan. sakan main lari sana sini. ada pula yang sponsor bawa bunga api! hish....serius macam dah malam raya pula.

im pun sakan, sampai jatuh dan koyak seluar baju melayu. terseret kat lutut dan tapak tangan. (patut la dia senyap duduk je masa kawan-kawan main bawah khemah). pagi tadi mandi nangis. pedih tangan dan lutut la tu. i kasi hot lagi, makin maraung dia. i cakap, main tak ingat dunia, tak hati-hati. salah sendiri mama tak kesian. mulut pot-pet ni tapi tangan dok ready nak sapu ubat dan plaster. bila dah reda nangis, dia kata bukan dia sengaja nak main, dia TERmain. boleh? boleh? kemain lagi jawapan ye. lagi la i pot-pet pot-pet, bla bla bla. rasa macam tak masuk pun, lalu macam air lalu atas daun keladi. haihh...penat je bebel....

bebel-bebel pun, sempat la kemas bilik belakang dan tukar langsir. hehe, macam rajin la pula.

++++++

mood macam tak ada untuk masak berbuka petang ni. jom bang, kita pergi berbuka kat luar. :D

Saturday, August 28, 2010

bos belanja buka puasa?

tiba-tiba rasa macam padat pula aktiviti berbuka kat luar minggu ni. hehe, macam la banyak sangat padahal tiga kali sahaja. oh, ni maksudnya berbuka dengan kawan-kawan.

anyway...semalam boss tanya ada tak fancy nak berbuka kat hotel? erk... cepat aje jawab tak ada. serius. memang tak fancy berbuka kat hotel, sebab crowded. malas nak bersesak-sesak ni. tapi selepas pung pang pung pang, macam nak buka kat hilton. dalam kepala dah set, hilton kl central. senang la tu. naik lrt turun kat stesyen kl central.

empat orang bosses, including my boss nak sponsor (well, at least that's the understanding so far. haha, we'll see on monday if there's any email stating how much each person needs to pay) sembilan colleagues muslim. by the way, bosses tu non-muslim. hanya 10 orang muslim je yang dapat invitation sebab kitaorg considered same branch of team. seorang tak dapat join sebab kena berbuka kat rumah mak mertua. kalau tak pergi, dia kena kerat 4 lepas tu kerat 18, hehehe.

i ber-ocs dengan ex-boss before leaving for the Hilton...
"pukul berapa nak gerak?" i tanya
"buka pukul berapa?" dia soal balik....
"7:26" tuntas bagi masa semalam..hehe
"what time you want me to drive you there?"
"i naik train"
"train pergi mana?"
"kl central"
"PJ.. la puteri"
hahahhaha. itula, mind dah set since yesterday nak pi Hilton KLC. nasib baik tanya....

cafe paya serai tu memang padat! masuk-masuk aje kat situ orang dah packed. tapi makanan memang sedap. rules of the thumb, kalau nak enjoy buffet yang banyak menu, avoid taking rice, avoid consuming too much drinks. boleh? boleh! makan jangan gelojoh supaya tak tercekik! slow and steady la. kat sini banyak choices, replenish pun banyak kali. :)

nak cerita ni la 1st time i makan tiram mentah. 7 ketul in total. 1st time ambik 3 je, nak test tekak boleh terima ke tak. perah lemon, godek-godek dengan garpu sampai opismet tegur macam dah takde rupa tiram. haha. 2nd time (tu dah lost count round ke berapa bangun mencari makanan), sambar 4 ketul pula. kira perut tak meragam immediately, tekak pun takda mereject, boleh la cuba lagi. . hehe. tapi tak la sedut macam mr bean tu...hish...hahaha. what else yang sedap kat tekak i? aaa, kebab! roti kebab tu super lembut...putih. suci je kunyah and telan. daging panggang tu pun sedap.

masa pergi solat kat tingkat 1 tu, ada tampal dalam lift, senarai price  list buffet. 3 hari pertama, 79++. lepas tu ada harga lain tapi tak ingat berapa hinggit. harini, price rm109 per head. huhu.

towards the end, asyik dok gelak. haihh.....i had fun :)

next week ada 1 lagi, yang ni dengan team i pulak......ni, kuat instinct kata bayar guna duit poket sendiri.

Saturday, August 21, 2010

breakfasting berdua-duaan @ flying chillies


puasa ke-2, kami berbuka puasa kat Flying Chillies. kat Gardens. that was my second time. 1st time masa balik dari team building tu. sementara tunggu SBF, sempat la lunch kat situ. 

tempat tu cozy, and tak crowded. we don't really like crowded place. that's why bukit bintang is an alien place to us. hehe. well, takpe la. kami pergi tempat lain yang less crowded. 

ok, back to flying chillies and the food....

kerabu mangga dengan ikan keli! ni rasa memang awesome! pedas memang pedas, tapi bersulam masam manis. memang sedap. ikan keli tu, i don't know how which is so obvious :P, buat macam jaring lepas tu lipat berlapis. ala, macam roti jala tu. kat menu tulis cat-fish, kalau bukan di buat daripada ikan keli, i tak tau la. i tak tanya pun...ngap aje. hehe


dah masuk kedai yang serve thai food, adalah tak aci kalau tak order tomyam! tomyam ni pun awesome! sedappppp.... masam...cukup rasa! what else...rasa tomyam la. plus sedapppp sangat. this round we picked-up seafood tomyam - prawn. sepatut nya pilih udang galah, lagi kaw-kaw rasa! tak mengapa, bak kata SBF, kalau kita suka pada sesuatu, reserve something to come back to it. hehe. ok, sebenarnya dia cakap ni when we were at pangkor [kalau nak, tgk sini pangkor day1,  and sini pangkor day2] jgn habiskan semua aktiviti so that we have pretty good reason to come back again. boleh ke macam tu? 


and, menu ke-3, we picked stewed beef bla bla. lupa lah nama penuh menu. the best part, daging sangat tender. orang takda gigi pun mesti boleh makan. less effort required to kunyah.:)

actually ada promotion sempena ramadhan, harga berpatutan. but take note that the restaurant doesn't take reservation during fasting month. either you have to walk-in or pre-order with full payment. but being on 2nd day fasting on that day, i suppose tak ramai orang nak eating out yet kot, so it was not a problem for us to get a seat :)

selamat berbuka!


Monday, August 16, 2010

shopping raya, duit raya....

dah shopping baju raya? berapa puluh helai? hik hik

baju raya i sebelum puasa dah siap. malas nak hantar kat tukang jahit lambat-lambat. kang taknak ambil tempahan naya aje. ermm....dah pakai pun, rasmi ke opis. haha. tinggal sehelai je belum rasmi.....takpe, cite baju raya orang dewasa ni tak best.....

sebenarnya.....

tadi pergi shopping baju raya budak-budak. bukan dengan SBF, dengan im. hehe. seronok shopping dengan im ni. dia seronok pilih dan pilih, tunjuk kat mama dia ok ke tak ok, pillih untuk orang lain pulak, mama pulak berpeluh tengok bil. sib baik papa punya $$$. mama top-up aje. SBF tak join the fun sbb kena tunggu nop dalam kereta aje. nop chicken pox tak elok lagi....owh, by the way, semalam ambil jap utk im utk c.pox tu. w/pun dia dah kena tempias 2 tahun lepas, just a precaution. dr bgtau, once exposed, secepat mungkin elok ambil jap tu. virus akan berada dalam badan for 2 weeks sebelum keluar tanda-tanda melepuh tu. moga, im tak kena lagi. mama and papa pun jangan la kena lagi. *amin*

sampai-sampai aje kedai, i pilih jeans dulu. im dah sibuk cari t-shirt dia sendiri. betul, dia ada taste sendiri. sib baik la pilihan dia tak ada yang i object. eh chop, ada selai i reject sbb ada gambar bulldog. yang lain-lain ok la. takde yang mengarut-ngarut gambar nya. baju melayu pulak, budak berdua tahun ni dapat kain cotton. senang. bagus. berlari ke sana sini peluh serap kat kain. :)

tengah sibuk cari baju kurung culin (anak buah yang sebaya nop), im datang tunjuk kasut baby - "ma, kita beli kasut razin nak?" "tak payah, kita beli baju aje utk dia". senang. kang beli lebih-lebih, mak bapak dia kata i overacting pula. haha. ye ke? tahun ni, anak buah bertambah, dari 1 (culin) jadik 4! another 3 boys! culin menten anak buah perempuan yang dapat perhatian lebih daripada maklong dia. best kan culin?

yerlah, yang seronok beraya mestila budak-budak. lagi-lagi beraya kat kampung. lepas solat raya, budak-budak dah bagi salam beraya kat rumah jenjiran. ada tu, daripada kampung sebelah! hebat tak hebat kuasa nak kumpul duit raya sebenarnya. hehhe

haih...teringat....teringat....jaman budak-budak dulu. time puasa amat menyiksakan! rasanya panas sepanjang bulan. pergi sekolah agama naik bas, letak tuala basah bawah tudung kononnya nak redakan kepanasan. turun bas, tuala ntah kemana. pastu time balik, dah tekad nak beli air sirap warna merah menggoda tu. nak teguk banyak-banyak masa buka. paling tak tahan, panjat kerusi naik atas meja makan. menyangkung tenung jam bulat sangkut kat dinding. lamaaaaaanyaaa jarum panjang tu bergerak! seriyes, dulu-dulu rasanya masa beredar cukup lama. sekarangggg... laju aje. bila fikir-fikir balik, masa beredar tanpa kita sedar bila kita sibuk. paling senang, tersangkut kat traffic light, menunggu lampu hijau menyala. masyaAllah, rasanya kemain lamaaa. padahal..... :D

melalut la entry ni, macam-macam jadi rojak dah. hehehe

ok..until next entry, selamat berpuasa. jangan puasa yang-yong dah besar-besar ni. hodoh!

Friday, August 13, 2010

Ubat Perangsang

budak-budak ni, kalau kena gaya memang senang beli semangat dia. hehe. macam bagus je ayat yek....

so far, im dah puasa 2 hari. tapi puasa yang minum air la. hik hik. dia tak tahan haus. ok la tu...praktis..praktis. 
mlm tadi, dalam kereta nak balik rumah daripada rumah mek
"im, kita pergi seven-e beli apa-apa yang im nak, nak tak?"
"nak!..nak!. mainan pun boleh ke?"
"boleh" padahal dalam kepala mama dah nampak gambar eskrim. 
"esok im nak puasa betul-betul la, tak nak minum".
"kereta kecil im tu dah termasuk dalam lubang kat playground taska" dan-dan dia update kita .. nak dapat kereta baru la katakan.

kan, dah cakap. pembakar semangat budak lima tahun senang lagi. kalau yang minta PSP tu, pandai-pandai la tepis yek..

sampai depan seven-e, adik im nak ikut juga. macam biasa, sbb im dapat ikut, im akan pandai la memujuk ayat tak cukup power cakap nop tak boleh ikut. yerlah, nop masih ada chicken pox lagi. toksah la bawa dia pi tempat awam macam tu. kami tinggalkan nop dalam kereta dengan SBF, menangis la juga, tapi small matter. hehe

lama! kemain dia memilih. dia dah aim nak beli kereta. pergi bahagian belakang. memula belek party pack, lepas tu belek kereta yang tak berapa molek. tak berkenan. 
"takpe la im, takde kereta yang best. kita beli tempat lain"
"ok" tapi masih berlegar-legar tanpa kenal putus asa. satu kedai setiap inci rak dia terjah!

last stop, next to the cashier counter. boleh pula mata dia terpandang kat bahagian hot-wheel nya mainan. mama tak perasan langsung! memula pilih baku-gan. eh-eh dia ambik untuk adik dia sekali. pandai betul yek. lepas tu belek kereta pula!. mama kata just choose 1, kereta or baku-gan! lama juga im nak decide, baku-gan ke kereta? 
ni la kereta pilihan im. buaya ke dragon. ada kepak tu.

kereta nop, mama pilihkan. im susah nak buat pilihan mana satu utk adik dia.

tapi im tak bangun sahur pun bila mama kejutkan. sahur pagi suruh makan roti gardenia nam-posen tu pun dia makan tak sampai setengah. kita tengok macam mana story puasa dia harini nanti.. :)

Wednesday, August 11, 2010

dedicated to im, on his 1st time fasting

cepat angkat tangan sapa bangun sahur awal pagi tadi? *saya, saya, saya!* :D
alhamdulillah.....

tahun ni bertambah ahli rumah yang bangun sahur. im! ni 1st time dia berpuasa. semalam dah excited siap cakap nak puasa penuh. hikhik. 

amin, kalau boleh ye nak. mama tak paksa, kalau larat, tak penat tak lapar dan paling penting tak haussss, mama galakkan sangat puasa full day. tapiii...kalau tak larat, half day pun ok.kita dah bincang ni banyak kali. kat school pun teacher devi dah tanya-tanya kan.....

pukul 4 alarm dah berbunyi. tapi 4:30 baru bangun. papa kejutkan im, not really expecting im to get-up la. wah, mengalahkan kejut bangun pagi nak pergi taska semangat dia. senang aje. bangun-bangun terus duduk, terus turun dapur (ye, tak basuh muka pun lagi masa tu). sampai bawah baru basuh muka. syyhhh....tu maknanya tak gosok gigi la tu....

mama buatkan air horlick, sbb im sungguh-sungguh nak minum air ni, semalam kat kedai pun pesan - "mama, jangan lupa beli air ho-ho-mi". lama sikit, sebut balik "eh, air ho-horlick". dah tahu nama betul yek....hehe

mama tak nak heavy sahur, makan kurma, oats dan kekacang. papa pun makan roti aje. bincang semalam,  mama kata nak masak nasi and sup ayam, papa kata taknak lah sbb papa pun taknak heavy. so, im terpaksa ikut selera papa. im makan dua keping roti, air horlick secawan habis. lepas sahur, mama bagi ubat batuk dan ubat selsema kat im. im terus naik atas dengan papa. bila mama sampai atas, dua beranak tu dah sambung tidur! bertuah punya badan.

pagi tadi on the way to work, mama called teacher sharin & cikgu gee. mama pesan im baru 1st time puasa. kalau tak larat, minta tolong ingatkan im supaya buka puasa. mama tahu im memang semangat.... :)

mama harap dapat balik awal bulan puasa ni, kita boleh buka sama-sama kat rumah. hopefully mama pun dapat work from home more often dalam bulan puasa ni. semoga Allah permudahkan....amin.

untuk im, semoga semangat tak luntur nak puasa penuh.......

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

gambar cilok from http://www.boston.com/bigpicture/2008/09/observing_ramadan.html

Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Moga amalan kita diberkati Allah S.W.T *amin*.

Related Posts with Thumbnails