Pages

Sunday, August 29, 2010

macam-macam....

semalam punya aktiviti berbuka, solat jemaah dan solat terawih kat kawasan perumahan berjalan lancar. anggaran 200 orang hadir termasuk kanak-kanak. pinjam khemah dengan majlis perbandaran, macam kenduri kahwin pula. hehe

few of us stayed back untuk bersahur ramai-ramai. rumah kak aina jadi port. masak simple-simple aje. tapi sebab makan beramai, seronok. :) im pun sahur jugak. dah pesan esok puasa, minggu lepas tak puasa sbb kena makan meds. pukul 3:30 pagi baru balik rumah. sakan betul. budak-budak pun sakan. sakan main lari sana sini. ada pula yang sponsor bawa bunga api! hish....serius macam dah malam raya pula.

im pun sakan, sampai jatuh dan koyak seluar baju melayu. terseret kat lutut dan tapak tangan. (patut la dia senyap duduk je masa kawan-kawan main bawah khemah). pagi tadi mandi nangis. pedih tangan dan lutut la tu. i kasi hot lagi, makin maraung dia. i cakap, main tak ingat dunia, tak hati-hati. salah sendiri mama tak kesian. mulut pot-pet ni tapi tangan dok ready nak sapu ubat dan plaster. bila dah reda nangis, dia kata bukan dia sengaja nak main, dia TERmain. boleh? boleh? kemain lagi jawapan ye. lagi la i pot-pet pot-pet, bla bla bla. rasa macam tak masuk pun, lalu macam air lalu atas daun keladi. haihh...penat je bebel....

bebel-bebel pun, sempat la kemas bilik belakang dan tukar langsir. hehe, macam rajin la pula.

++++++

mood macam tak ada untuk masak berbuka petang ni. jom bang, kita pergi berbuka kat luar. :D

No comments:

Related Posts with Thumbnails