dah nak penghujung minggu ke 3 puasa! cepat betul masa berlalu sekarang ni. seriously! dulu masa budak-budak, punya la menunggu masa nak berbuka, tunggu depan jam tengok jarum jam berjalan ya Allah lambatnya! haha. kenangan kenangan....
time does fly so fast bila kita sibuk. ada perkara lain nak dibuat. setuju? :)
sekarang ni la musim demam, batuk, selsema. i dah seminggu batuk. budak berdua tu pun sama. SBF steady lagi, moga dia maintain steadiness tu :). kami bertiga tonsil bengkak, suara i macam suara orang lain. ada hari-hari yang suara rock gila, user called pun tak sampai hati nak suruh i bercakap, instead dia suruh kitaorang guna ocs aje. hehe
i noticed, sebab batuk-batuk pun puasa kan, bila tak makan, batuk tu tak ada la worsen, makan ubat time sahur dan buka (tu pun kadang-kadang terlupa juga), compared to bila batuk masa diluar ramadhan. amazing kan ...
macammana persiapan raya uols? baju raya dah siap? berapa pasang? baju anak-anak? baju suami? kuih tunjuk? opps kuih buat sendiri? langsir tukar? perabot lama masih dipakai? rumah dah bersihkan luar dalam?
haihh...i tak berapa ada mood lagi.....hehehhee. setakat baju raya dah settle la rasanya. kuih pun kuih tunjuk, tapi satu jenis pun tak dapat lagi. tahun lepas ada juga la keinginan nak membuat biskut, tahun ni tak ada. okay tu macam tipu, perasaan tu ada siiiikkitt aje then hilang, tak macam tahun lepas, tebal sikit keinginannya. tapi still tinggal keinginan aje la. tak kemana pun. :P
perhaps, mood akan bertambah baik sedikit miggu depan :)
till then, selamat meneruskan puasa ...
No comments:
Post a Comment