Pages

Thursday, June 17, 2010

Cherating lagi



ni kali ke-2 pergi Cherating. 

sebenarnya trip ni sangat sekejap, pergi sabtu ahad dah balik. pergi pun sbb MIL ajak pergi sebab dia nak pergi kenduri saudara dia hari sabtu. kenduri kat terengganu tapi SBF cari tempat menginap kat Cherating.

mmg tak plan nak pergi sbb sabtu malam kena standby kat opis. tapi....ada tapi nya...kasi dramatik sikit. hehe
mek melalui adik ipar yg bongsu telah bertanyakan 
"kak, mek tanya jadik tak pergi terengganu?"...owh....masa tu kat opis. 
"akak keje la dik mlm sabtu tu. tapi jap, akak cari kalau ada opismet nak swap" oh rasa macam baik hati sangat masa tu. 
mmg rezeki la orang kata tu kan, opismet sanggup swap. i standby malam isnin instead. tu yg ada entry onsite.

sampai cherating (palm resort) around 12pm+. dpt check-in awal, rehat-rehatkan badan sekejap, mandi legakan badan sikit, terus gerak gi .. ermm...kat celah mana terengganu tu lupa lah. maaf lah. i mmg selalu tak ingat nama tempat. padahal dah tanya SBF banyak kali. atas jerteh, atas paka. hehe. maaf!

sampai kat rumah kenduri tu dah pukul 4pm+. just nice sbb orang dah tak ramai. tambahan cuaca mmg panas ya amat! sampai-sampai terus makan! uih! sedap betul makan gulai kawah tu! ambik tetel sikit-sikit....mmg best la. siap bertambah dengan muka tak malu. konon buat alasan sbb suap kan abang budak sekali. haha.

2 jam kat sana gerak balik. ingat nak carik keropok-keropok kat teluk mak nik, tapi tak jadi sbb hari dah beransur gelap. terlelap kejap dalam kereta. haih. sian SBF drive sensorang. sampai-sampai terjaga kat area kemaman, kedai kopi hai peng. tapi bukan nak pergi situ pun. i nak makan salted egg yolk crab since jaman bila tak dapat-dapat lagi. macam orang mengidam pun ada. takpe, nanti carik lagi! 

esok hari, abang budak bangun paling awal. mandi sendiri tak payah suruh. papa kata tak payah mandi lagi sbb sejuk pun dia tibai mandi. lepas tu tersalah pakai seluar.
"mama, kenapa seluar ni sempit?" i tengok laa..dia pakai seluar adik dia. nak buat cemana, dulu tu seluar dia. si adik banyak mewarisi baju-baju seluar-seluar si abang. hehe. tunggu la adik budak dah tau beza, mungkin dia dah tak nak pakai second-hand punya pakaian. haihh....

pukul 10 dah checked-out terus pergi kedai kopi hai peng. abang budak bedal mee & bihun. dah siap makan boleh lagi tanya
"ma, nak karipap tak?" eleh, macam la mama tak tau dia sebenarnya yang nak makan
"tak, mama dah kenyang". belasah roti bakar 1 set & nasi dagang! tapi nasi dagang dia tak sesedap yang mek buat. :D

singgah pergi teluk mak nik, beli keropok-keropok. mek beria-ia nak beli satar. sbb adik ipar pesan. hehe

kat bawah banyak la selingan gambar-gambar...... :)


No comments:

Related Posts with Thumbnails