Pages

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

bowling oooo bowling....


esok plan nak gi membowling. serius dah lama tak membowling. the latest was last friday nite. 

yerlah, sekarang kan tuntutan keje tu bak kata orang, i ni macam kena stretch (bukan macam, memang kena stretch! stretch jadi tinggi tak apa juga, ni stretch makin kembang apehal), balik kerja tu memang dah rutin terus balik rumah, takda la nak melencong mana. ambik budak-budak kat taska, makan, pot-pet-pot-pet apa yang patut, kebubussh tidurrrr ZZZzzzzz. 

bila ara ajak main bowling malam jumaat tu, awal-awal kata tak dapek nak join, sorry. tetapi....kita manusia ni memang hanya mampu merancang. 

keluar office last friday, masuk perut kereta, terkejut bila SBF kata "jom, kita main bowling". i was like "what?". dah la jumaat tu pakai baju kurung kemain sopan (ecececeeeeehhh). tapi tu takda masalah, i pakai baju kurung boleh aje main bowling. ni budak-budak, ape cer?
"ida dah ambil budak-budak"
ooowww...diam-diam SBF dah arrange adik dia tolong fetch budak-budak. takda outstation memana la tu, boleh tolong ambilkan depa. :D

soooo.... tuh la alkisah malam jumaat sempat main bowling 3 games. hihi

ni bukan main nak membowling kenapa?
ada friendly-a.ka.-santai-santai tournament kat neighborhood. tu la pasal. konon warm-up sikit sebab dah lama tak main. hehe. tapi, ada juga yang masuk longkang :P



Friday, December 10, 2010

party


sepatutnya esok hari berjimba-jimba at school for im. pakaian bebas, ada parti. that's what stated on the message note from his teacher. 

tapi sayang, kami dah ada plan lain. hopefully im join next year punya party ye im.

tapi, untuk tak menghampakan im, i pun memang dah berhajat nak buat dessert for his share. petang tadi called teacher sharin, nak confirmkan bajet nak bawa dessert untuk berapa orang. she said since im is not coming, it's ok if i don't prepare any. but, like i said, dah plan nak buat. barang-barang pun dah beli.......so, if it's not a burden to me.....bab-bab pemanis mulut, tak akan menyusahkan lah. at least to me. hehe

dadih dengan jelly, letak peach konon-konon nak hias. :D resepi simple ni actually from ila, jiran merangkap kawan. dia kata masa malam BBQ (untuk kawasan perumahan area i tinggal ni, eh, i takda blog kan ek?), ada buat dadih jelly ni. somehow, i tak nampak. so tak merasa. 

dah yang ni buat sendiri, tak merasa memang poyo la kan.=P. selain i, tukang rasa yang lain, macam biasa adalah imran. sebab dia pandai bodek, dia dah ngap 4 bekas. hopefully his friends will enjoy this, as much as imran does :D

imran, bila i beritahu esok dia tak dapat join, he's kinda sad. tapi bila i explained kenapa, i think it's ok for him. hehe. so, tomorrow morning, sebelum bergerak ke destinasi, singgah sekolah dulu. pass dadih jelly dulu. 



have fun partying kids!

Tuesday, November 30, 2010

party pack


entry dulu-dulu (nampak sangat malas nak cari, hehe), ada mentioned pasal birthday budak berdua tu. konon nak buat majlis untuk naufal bulan Sept lepas, dah cecah tahap 3 tahun. tapi...tak buat pun....

semenjak dah pergi sekolah tadika ni, dan dah duduk kat taska, kejap-kejap balik ada party pack. kejap-kejap ada party pack. bukanla i tak suka, cuma tak gemar. apa beza yek? bukan apa, budak-budak ni bukan elok makan junk food / sweets selalu, sesekali tak apa la. itu pun dengan pengawasan adult. i am fine with that. kalau selalu, terlebih gula or bahan perisa, tak bagus. terlebih gula nanti bantut. hehe

untuk next year, imran dah pandai plan for his birthday celebration. dia pun nak party pack, nak celebrate dengan kawan-kawan kat sekolah, kat taska. party pack nak bagi kat kawan-kawan. 

mungkin i nak kena survey list makanan apa nak bagi kat kawan-kawan dia. ada lebih kurang 2 bulan ni nak survey....... 

Related Posts with Thumbnails