Pages

Sunday, January 2, 2011

3Jan2011


anak-anak dah ready minda semua nak pergi sekolah esok??? hehe

imran, macam tak ada perasaan. tadi suruh tidur awal pun payah. mak nya pun satu, 8.45 dah suruh anak masuk tidur. hehe. siapa yang semangat ni sebenarnya? bukan apa, tahun ni i masukkan dia sesi pagi. 2 tahun lepas sesi kedua. so, harus la tidur awal supaya senang bangun lebih awal lagi. cuti sekolah dah train, tapi ada juga malam-malam yang terlepas.....hehe

untuk sesi persekolahan tahun ni, kami beli sepasang baju sekolah sahaja. saiz pun dah naik budak ni. yang 4 hari tu, guna baju tahun lepas aja la im ye. =). penting tau show up kat school on the 1st day pakai baju yang tak kekuningan. kalau memang seragam warna kuning tak ada masalah la. tapi, mungkin im tak kisah pun kot....

petang tadi SBF dah bawa budak berdua pi gunting rambut. i tunggu kat kereta aja. masuk kereta, im muka tak puashati. sebab? sebab rambut depan agak sedikit pendek. he prefers it a bit long so that dia boleh sisir rambut ke tepi. cheehhh.....

ermm...transport fee pun dah naik. 2 hala rm42, sehala rm35. yer lah, rege minyak pun dah naik, nak buat macammana. transport fee untuk kelas mengaji im ni, i agak-agak la, akan naik juga. tengok apa kak nani kata nanti.....hehe

selamat kembali ke sekolah anak-anak. selamat menempuh jalan jam macam biasa ibu bapa. =D


No comments:

Related Posts with Thumbnails