Pages

Saturday, November 24, 2012

durian? eh rambutan?



Masa Im kecil-kecil dulu, dalam lingkungan umur 1-2 tahun, dia sangat takut dengan rambutan! Sampai ke hari ini, kalau di ingatkan, memang akan gelak. Paling tidak, akan tersengih. 

Pernah sekali, semasa Im tengok tv, atok abah letak kulit rambutan dekat belakang badan dia. Bukan main terkejut budak tu. Gelabah. Lepas tu menangis. hehe. Im.. Im.

Okay, itu cerita dulu. Sekarang tidak lagi. Dan perangai takut kulit rambutan tidak turun kepada adik dia. :D

Sekarang, budak berdua kerap tersasul. 
"Ma, nak makan durian". Yang ada kat tangan cuma buah rambutan. hehe. Agaknya lah, sebab rambutan berbulu, durian 'berbulu' juga tapi keras dan tajam, itu yang disebutnya rambutan durian. Agaknya lah....

Rambutan ni, jiran yang beri. Seplastik besar. Bawa balik dari kampung. Terima kasih Ta. 
Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. 



Thursday, November 22, 2012

makan ais


kelekang kelekung! tekun sungguh. nasib baik mangkuk tu tak pecah.
usaha tangga kejayaan :D dapat la makan ais tu ye Nop




Tuesday, November 20, 2012

"let me think 1st, ma"


Sepanjang minggu ni, Nop berjuang dengan peperiksaan akhir tahun. Bermula Selasa hingga Jumaat.

Ini gambar belajar berselang seli dengan main, selang seli tengok cd, selang seli tolong mama jerang air (sebab nak minum susu), selang seli dengan makan air batu. Kan! lebih banyak aktiviti sampingan berbanding  belajar.

Tanya W-A apa bunyi suku kata, dia balas "kejap ya ma, biar nop fikir". hehe.

Semoga berjaya anak mama sayang.

Monday, November 19, 2012

Chocolate Cake and Praline


Bismillah ...

'Rumah' ni sudah dibersihkan segala 'sawang-sawang' dan 'habuk-habuk'. Bukan alang-alang 'penyapu' yang digunakan, 'vakuum' pun dikeluarkan daripada stor. :P

Jom kita tengok entry ringan-ringan dulu (sebab tuan tanah dah penat 'sapu sampah sawang dan habuk').

Ni kek coklat biasa. So boleh guna mana-mana resepi kek coklat. Cuma ditambah praline (dan kacang-kacang apa yang ada dalam fridge :)


Macammana nak buat praline? Senang. Cuma guna gula, whip cream dan butter. Panaskan atas kuali yang tak melekat tu. Masak atas api kecil. Segala jenis kekacang adalah optional.

Selamat mencuba :)

p/s: kita tengok rekod sawang entry ini akan berulang atau tidak. hehe.

Wednesday, July 4, 2012

.....hi .. 

it's kinda awkward, try to post new entry after the silent for more than 2 months :)

anyway, found this from Blogserius, worth to repost. meleleh juga la airmata i at the end. hihi


appreciate her while she's still alive...
Related Posts with Thumbnails