Pages

Sunday, August 22, 2010

siput

tengah sibuk kemas rumah petang tadi, tiba-tiba im panggil dari luar. ber-ia ia panggil. nop pun sama. 
"ma, cepat ma tengok. ada binatang ni...."

budak berdua bawa i ke kereta. dah sampai kat kereta, suruh i tunduk pula, tengok bawah kereta.
"ma, cepat la ma tengok. ma ambil la dia. boleh masak nanti kita makan"
alahai anak emak! i nampak siput....
"kita tak boleh makan siput tu im"
"kenapa"
"tu siput babi". i nampak muka im terkejut. serius terkejut dia dengar perkataan babi tu. hehe
i sambung lagi "kita makan siput yang kecil tu, siput sedut" 
im cakap "oh" aje. 

harap dia faham.....

3 comments:

SFAW said...

:)

tasekM said...

aku nampak sesungut siput babi tu pun dh rasa nk pengsan. ha ha.


.

esh said...

SFAW, ada kenangan ke? hehe

tasekM, hishh..tgk bekas jalan siput tu pun dah geli......

Related Posts with Thumbnails