Pages

Sunday, October 17, 2010

tarik bulan


balik daripada dinner kat luar tadi, mood budak-budak bagus. maklum, dapat tunjuk bakat berlari pelbagai 'fesyen' kat giant kota damansara tadi. sementelahan mak dan bapak depa 'layan' kerenah....

sampai depan rumah, tengah buka pagar, im pandang ke langit dan nampak bulan. bukan bulan penuh pun...
"ma, kita cari tali panjang-panjang"
"nak buat apa?"
"kita tarik bulan" sambil buat gaya main layang-layang

i diamkan saja, tak terkomen sebenarnya. ingatkan dah habis cerita. rupanya belum. sampai pintu rumah, im tanya lagi
"ma, bulan tu lebih besar daripada rumah kita ke?"
"iye"
"oh! kita tak boleh la tarik bulan. nanti roboh rumah kita"

ye, dah fikir logik. bagus.

mula tu ingat nak cerita pasal tekanan graviti, impak pada air laut, bla bla.....tapi, fikir-fikir balik, i'Allah di lain kesempatan i cerita kat dia. :D

No comments:

Related Posts with Thumbnails