Pages

Thursday, December 9, 2010

cuti dan 1 2 3



bila bekerja, nak cuti. bila cuti lama, mula la nak masuk kerja balik. ye ke? :D

cuti sehari 2 memang seronok. kalau lama dan tak ada kelainan, mesti boring. salute pada those yang memang full time housewife.

i tengah cuti. block cuti 'wajib' 10 hari berturut-turut. harini baru masuk hari ke 4, masih bertahan. wishing 10 hari tu lambat habis.

rutin pagi sama; kemas katil, buat sarapan or sarapan segera, basuh baju, keluarkan bahan mentah dari fridge, jerit pantau budak-budak buat apa. dah pukul 10 jerit "im, pergi tukar baju, dah pukul 10", masak tengahari, sambil-sambil layan kerenah budak kecil umur 3 tahun tu. kadang-kadang nak masak sama, kadang-kadang minta bacakan buku. dah masak, ikut tahap kelaparan i atau nop, either makan awal or tunggu im balik sekolah pukul 2:30 nanti. 

dah lepas masak, baru la aktiviti berubah mengikut mood harini nak buat apa. sementara tunggu im balik, layan internet kejap. tengok blog orang, layan fb, layan blog gossip. hehe

semalam, main tulis-tulis dengan nop. start dengan 1 2 3. i buat garisan dot dot dot, dia tukang sambung. senang pula i tengok dia sambungkan. mesti rajin tolong cikgu kat taska ni. hehe


Exercise pertama kali….tak berapa nak ikut dotted lines….

2nd time, he's getting better. and a bit creative. hehe

3rd time is the charming one ;D

perasaan i, sangat teruja dan happy. yerlah, first time seriously nak ajar nop menulis, tak sangka jari-jari dia dah 'lembut'. alhamdulillah. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails