Pages

Friday, January 14, 2011

cerita ultraman, cerita kucing


bicara pasal ultraman antara bapak dan anak lelaki...

"papa suka ultraman apa?... im suka ultraman taro"
"ultraman taro? nama macam ultraman teruk je. mesti teruk"
"ishh papa ni...papa suka ultraman apa?"
"papa suka ultraman kosmos. ultraman kosmos hebat"
"ultraman taro lagi hebat. kepala dia ada tajam-tajam"
"tajam-tajam? boleh la guna cucuk sampah, kutip sampah tu"
"papa ni nak dengar cerita ke tak nak?"
"ok nak dengar"
"badan dia pun ada tajam-tajam. hebat kalau lawan rasaksa"

masa ni, on the way nak balik rumah. dari jauh i dah nampak ada se-ekor kucing nak lintas jalan kat depan tu. i ingat SBF nampak, so i diam kan aje la. yang si kucing ni pun satu, selamba aja nak lintas jalan walau nampak ada kenderaan. 

rupa-rupanya! SBF tak perasan kucing tu! kalau i tak menjerit "kucing!" sila gayakan dengan high pitch ya, rasanya dah kena langgar kucing tu. alhamdulillah sempat elak kucing tu.

suasana senyap dalam kereta lepas insiden tu. i pun mula la, apa lagi. bagi ceramah..
"im, papa kalau drive, kena concentrate. kita kena hati-hati, tak nak accident"
"eh abang concentrate, cuma tak nampak kucing tu tadi" sempat lagi nak back-up diri sendiri SBF ni,,,
"ok, nanti im cerita kat rumah" nak sambung cerita ultraman dia lagi la ni. hehe

tuhla, drive malam-malam kena alert lebih....


No comments:

Related Posts with Thumbnails