Pages

Friday, November 18, 2011

kisah lif dan tangan

hiyaaa peeps.... :D

Jumaat is really a wonderful day :)
contohnya, i ada mood nak update blog untuk 1 posting. haha.

anyway....

berminggu lepas, kitaorang ada layan cerita seram kat tv. jangan la tanya channel apa, dah lupa =_='. dan sekarang ni, i memang jaraaaaaaaaaannnnnnngggg sangat layan apa-apa cerita kat tv. naik malu kalau nak claim i peminat cerita CSI, sebab dah lama tak tengok cerita tu.

eh, mana tadi?....aaa cerita seram. cerita seram tu sangat simple. lokasi cerita dalam lif aje. ada 5 orang strangers (to each others) dalam lif tu. and suddenly, strange things start to happen! seorang demi seorang mati. sebab salah seorang daripada mereka adalah devil! dan semua yang lain adalah orang yang jahat. at the end, devil tu tak bunuh the last guy, sebab dia sebenarnya sangat menyesal dengan kesalahan yang telah dia lakukan. macam, dia nak bertaubat la kot.

apa sangkut paut cerita ni dengan i?

masa i keje kat sebuah local bank dulu, opis kat tingkat 5. banyak floors, so lif pun divided; ada dedicated lifs nak pergi tingkat sekian-sekian and it skips some of the levels.

nak dijadikan cerita, lif ni (nasib baik sebenarnya), jenis yang tak berdesup laju turun or naik tu. eh tapi lupa pulak, lif ni sampai tingkat berapa ek, kita assume sampai tingkat 10 aje la ekk. kadang-kadang, orang kan selalu macam acah-acah dgn bag la, dgn payung la, supaya lif yang nak tertutup tu terbukak balik pintu dia. i pulak, pagi tu, nak buat cerita, acah guna tangan. lif tu pulak jenis sensor tak berapa nak peka, habis buat derkkk aje. aduh! habislah terkepit tangan i kat pintu lif. huwaaaa. hehe. takde la sakit mana pun. cuma malu. hihi. sib baik ada my senior kat situ, dia tekan butang lif rasanya, so pintu lif pun terbukak balik. kalau fikir-fikir balik, apa jadik kalau lif tu teruuusss je bergerak naik atas? aiyakkkk! mauu putus tangan ku gamaknya. aaa seram nak fikir lebih-lebih.

ambiklah pedoman daripada pengalaman i ni. cewahh. especially yang bawak anak-anak pergi shopping malls ke, hospital ke, pejabat ke, contoh je la tu. pegang la tangan anak-anak tu. berperang sekejap dengan depa sebelum masuk lif tu perkara biasa, janji selamat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails