Pages

Tuesday, December 28, 2010

voucher @ MPH



suka baca buku? suka beli buku? novel pun buku juga. hehe

ok, this is my habit. suka membaca, orang kata tu hobi la. macam budak nerd kan bila orang tanya hobi? jawab "membaca". masa kecil-kecil dulu, mana la mampu nak beli buku, parents orang susah. beli buku yang penting sahaja. nak baca, pergi perpustakaan. majalah-majalah ni jangan harap laaa nak beli. sekarang pun kalau nak beli majalah, berkira-kira. sesekali tu beli, kalau kandungan menarik. 

okey, sekarang dah pegang duit sendiri kan. kalau masuk kedai buku tu. aih! rasa macam nak angkut balik semua buku. cewahh...macam ye ye je. hehe takda la. tu ayat tipu je. sekarang, masuk kedai buku kalau nak beli novel, buku budak berdua tu, buku resepi, atau buku motivasi. buku motivasi tak ada la banyak, ada beli pun tak khatam-khatam sampai sekarang. 

last weekend, masuk MPH. nak belikan adik punya buku rujukan. tahun depan seorang nak UPSR, seorang nak SPM. hambek! pening juga nak pilih, yerlah kita ni dah berbelas tahun tinggalkan alam persekolahan. anak-anak pun belum masuk sekolah betul-betul (sekolah kebangsaan or sekolah menengah). silibus apa pun bukan ambil kisah pun. 

belek-belek subject add math, biology...terkenang-kenang. oh, math was my favorite subject tau. SPM dapat 1. haha. jgn la marah. tapi add math tak suka, susah nak ingat macam-macam formula. dapat credit aja (orang tak tanya pun sibuk nak bagitau =P). ingat lagi, cikgu tanya "apa rahsia math dapat 1". ayat lebih kurang la maknanya, mana la nak ingat sebiji-sebulat ayat yang betul ye dak? seriously, tak ada rahsia rahsia. sebab minat, lepas tu memang selalu buat latihan. 

berbekalkan kenang-kenangan tu la, tolong pilih mana buku yang sesuai untuk adik. untuk adik yang bongsu, mak yang tolong pilihkan buku rujukan dia. =) hebat tak hebat mak, lagi dah berpuluh tahun tinggalkan alam persekolahan..... 

laaa...cerita pasal buku melalut pasal SPM dulu-dulu. 

ni nak share, kalau beli buku kat MPH, lepas tu bayar guna credit card CIMB, for ever rm50 spent, dapat voucher rm5. tempoh sah guna 2 bulan from the issued date (tarikh beli).










selamat membeli! =)

4 comments:

Anonymous said...

Buku..buku..buku..sampai la ni memang hidup dengan buku. Buku apapun tetap nak beli kalau masuk ha..ha..kadang2 yang ada tak buka lagi sampul dah capai buku lain kalau beli...
Beli banyak2 nanti boleh claim masa nak bayar TAX ahaks..

esh said...

balqis,
ye, kita memang 'nerd'. ehehe

sangat betul. sila simpan resit. =)

Nora said...

kedai buku adalah kawasan larangan :P

esh said...

nora,
awak kena belajar control shopping kat kedai buku. hahaha :P

Related Posts with Thumbnails